Sarapan percuma untuk golongan tidak berkemampuan

Sarapan percuma untuk golongan tidak berkemampuan

NAJIB Rahimi Abd. Rahim menunjukkan hidangan nasi goreng yang ditawarkan sebagai sarapan percuma kepada golongan kurang berkemampuan di Badok Smoke Cafe & Kitchen, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bekas pelajar tahfiz menyediakan sarapan percuma kepada golongan tidak berkemampuan di sekitar daerah ini sebagai salah satu ‘lubuk pahala’ menerusi sedekah.

Najib Rahimi Abd. Rahim, 27, yang merupakan pemilik Badok Smoke Cafe & Kitchen berkata, orang ramai boleh menikmati sarapan percuma itu seawal pukul 9 pagi sehingga 12 tengah hari.

“Nasi goreng, bihun goreng, mi goreng dan nasi lemak antara menu yang saya sediakan. Selain itu, saya turut menyediakan pilihan kuih dan minuman.

“Idea ini tercetus selepas terkenangkan nasib semasa melanjutkan pengajian di Politeknik Ungku Omar, Perak. Masa itu, saya beli nasi bujang bersama sup kosong. Sup tersebut saya simpan untuk dimakan bersama nasi goreng telur sebagai sarapan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Najib Rahim memberitahu, pada masa sama dia berharap golongan pelajar dapat singgah ke premisnya yang terletak di Jalan Telipot untuk menikmati sarapan tersebut.

Katanya, sumbangan itu merupakan salah satu usaha membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan untuk menikmati sarapan.

“Sarapan percuma ini ditawarkan bermula Syawal lalu. Dari luarkan cafe ini nampak agak mewah, tapi jangan takut untuk singgah dan menikmati sarapan percuma.

“Selain itu saya turut menawarkan masakan barat, Melayu dan Thailand kepada pelanggan yang singgah di sini (Badok Smoke Cafe & Kitchen),” ujarnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×