Keadaan longkang yang tersumbat dengan pelbagai bahan buangan punca aliran air tersekat menyebabkan ia berbau busuk sehingga merimaskan pengunjung. Longkang yang berbau dipenuhi dengan lemak, sisa makanan dan minyak dipercayai dibuang peniaga.
Minggu lalu, kami singgah di sebuah gerai makan di Ladang, Kuala Terengganu berdekatan Pangsapuri Sri Wangi. Kami rasa kecewa dengan bau busuk yang datang dari longkang-longkang yang penuh dengan air busuk bertakung, mungkin kerana tersumbat. Kaki pula dihurung nyamuk yang mungkin datang dari air longkang yang tidak mengalir.
Kecewa dengan bau busuk ini kami beredar ke gerai makan di lokasi lain tetapi menghadapi masalah yang sama. Longkang tersumbat dengan sisa makanan dan bahan buangan, termasuk minyak masak.
Kami juga dapati tandas awam yang terletak di kawasan berhampiran sebuah gerai juga berbau dan tidak selesa. Didapati saliran air tersumbat.
Kami alami ketidakselesaan di gerai-gerai makan dan tandas awam.
Kami harap pihak berkuasa menyelesaikan masalah berkenaan untuk memberi keselesaan kepada pelancong.-UTUSAN
PELANCONG










