Ibu bapa sumbang 30 bekas pulut semangat meriahkan Hari Guru SMK Sri Aman

Ibu bapa sumbang 30 bekas pulut semangat meriahkan Hari Guru SMK Sri Aman

ZURINA Ripin (kiri) mewakili ibu bapa menyerahkan sumbangan pulut semangat kepada Muhamad Jamil (kanan) di SMK Seri Aman, Pasir Puteh, Kelantan hari ini.-UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Golongan ibu bapa menghadiahkan 30 bekas pulut semangat sebagai tanda penghargaan kepada warga pendidik sempena sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Aman, di sini hari ini.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Zurina Ripin berkata, menariknya ke semua pulut semangat itu dibuat oleh golongan ibu bapa sebelum diserahkan kepada pihak sekolah.

“Seawal pukul 7.45 pagi menyaksikan kehadiran ibu bapa menghantar sendiri pulut semangat yang cukup untuk dinikmati warga guru dan pelajar. Perarakan pulut semangat diiringi paluan kompang dan muzik gamelan hasil latihan komuniti setempat. 

“Pada masa sama, golongan bapa turut terlibat sama dengan anak-anak mereka persembahan dikir barat,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyerahkan sumbangan pulut semangat kepada Pengetua sekolah itu, Muhamad Jamil Ismail yang disaksikan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Puteh, Tuan Silmi Tuan Ismail.

Zurina memberitahu, penglibatan itu membuktikan hubungan akrab antara ibu bapa dan pihak sekolah yang mampu menjadi pemangkin ke arah pembinaan generasi lebih cemerlang pada masa hadapan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×