Serangan udara Israel sasar rumah di kem pelarian, 20 disahkan

Serangan udara Israel sasar rumah di kem pelarian, 20 disahkan terbunuh

ASAP berkepul-kepul selepas serangan Israel di tengah Gaza, semalam. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Sebuah hospital Gaza memberitahu serangan udara Israel menyasarkan sebuah rumah di kem pelarian di tengah wilayah Palestin mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang.

“Kami menerima 20 kematian dan beberapa cedera selepas serangan udara Israel menyasarkan sebuah rumah milik keluarga Hassan di kem pelarian Al-Nuseirat di tengah Gaza,” kata Hospital Syahid Al-Aqsa dalam satu kenyataan.

Saksi berkata, serangan berlaku sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan). 

Tentera Israel berkata, pihaknya sedang menyemak laporan itu.

Agensi berita rasmi Palestin, WAFA melaporkan bahawa yang cedera termasuk beberapa kanak-kanak dan penyelamat sedang mencari orang hilang yang terperangkap di bawah runtuhan.

Pertempuran sengit dan pengeboman berat Israel dilaporkan berlaku di pusat kem Nuseirat sejak tentera melancarkan operasi bersasar yang memberi tumpuan di bandar selatan Rafah pada awal bulan ini.

Kumpulan Palestin dan tentera Israel juga bertempur di kem Jabalia utara Gaza sejak beberapa hari ini.

Saksi berkata, beberapa rumah lain menjadi sasaran serangan udara pada waktu malam di seluruh Gaza dan serangan udara dan tembakan meriam turut mengenai bahagian Rafah pada waktu malam.

Tentera Israel berkata, dua lagi askar terbunuh di Gaza pada hari sebelumnya.

Tentera berkata, 282 tentera Israel terbunuh setakat ini dalam kempen ketenteraan Gaza sejak permulaan serangan darat pada 27 Oktober lalu. -Arab News

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×