Hanasui intai pasaran halal Malaysia

Hanasui intai pasaran halal Malaysia

SEPTYANA Nataya (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran krim bibir Hanasui di Shah Alam baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengeluar rangkaian kosmetik dari Indonesia, PT Eka Jaya Internasional menitikberatkan isu halal dalam pasaran produknya di Malaysia.

Ketua Pemasarannya, Septyana Nataya berkata, langkah itu selaras untuk memastikan jenama Hanasui mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di negara ini.

Katanya, ketika ini jenama itu telah mendapat pengiktirafan Cara Pembuatan Kosmetik Baik (CPKB), Agensi Kebangsaan Kawalan Dadah dan Makanan (BPOM), di samping Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH).

“Usaha ini tidak berhenti di sini dan kami akan terus berinovasi serta menambah baik produk bagi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Menurut Septyana, produk pertama Hanasui yang dipasarkan di Malaysia ialah krim bibir terlaris, mattedorable lip cream matcha latte yang beraromakan minuman.

Katanya, ia kalis comot dan mampu menjadikan bibir kekal lembap sehingga 12 jam, malah boleh digunakan sebagai pemerah pipi dminyakan pembayang mata.

“Krim bibir itu didatangkan dengan enam warna menarik iaitu matchalicious, matchamallow, matchaciano, matchalover, matchablend dan matchachoco,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Teeni Enterprise, Ron Tay yakin Hanasui bakal mendapat sambutan baik di Malaysia kerana kualiti dan harga yang mampu milik. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×