Solidariti atas asas ilmu, akhlak - Mohd. Na’im

Solidariti atas asas ilmu, akhlak – Mohd. Na’im

MOHD. NAIM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kempen solidariti kepada rakyat Palestin perlulah dibuat atas asas kebenaran, ilmu dan akhlak. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, tindakan yang dilakukan pihak Zionis Israel tidak boleh diterima selain amat biadap, melampau serta di luar batas kemanusiaan.

Oleh itu, semua pihak adalah diseru untuk bersolidariti atas asas kesatuan dan ihsan melalui pelbagai pendekatan tersendiri termasuk mendoakan kekuatan dan kesejahteraan kepada Palestin.

“Bagaimanapun, apa jua tindakan yang diambil termasuk kempen solidariti kepada umat Palestin perlulah dibuat atas asas kebenaran, ilmu dan akhlak. 

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa menyeru semua pihak agar tidak mengambil tindakan ekstrem kepada mana-mana pihak. Apatah lagi ia melibatkan fitnah, mencaci, maki hamun, ugutan dan sebagainya. 

“Semua pihak diseru untuk sentiasa menjaga keharmonian dalam bermasyarakat. Apa-apa tindakan yang boleh mengundang keresahan awam adalah perlu dielakkan sama sekali,” katanya dalam kenyataan. 

Kenyataan itu dipercayai susulan muncul gerakan di media sosial bernama ‘Blackout 2024’ selepas acara fesyen terbesar dunia, Met Gala. 

Ia merupakan solidariti untuk menyekat akaun media sosial selebriti yang berdiam diri terhadap pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di Rafah, Palestin.

Namun, segelintir waganet mengeluarkan kata makian di akaun media sosial artis gara-gara mereka didakwa mempromosikan jenama pro-Israel. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×