Keselamatan pemain Red Giants dijamin - Utusan Malaysia

Keselamatan pemain Red Giants dijamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Keselamatan pemain Selangor FC terjamin menjelang aksi sulung mereka dengan pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya, malam ini.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, jaminan tersebut dibuat pihak berkuasa sendiri bagi memastikan pemain Selangor FC dapat beraksi tanpa rasa takut berlakunya apa-apa insiden yang tidak diingini.

“Polis sebelum ini mengatakan bahawa mereka akan memperketatkan tahap keselamatan di Stadium MBPJ. Jadi, saya rasa tidak apa yang perlu dibimbangi.

“Malah saya yakin pemain Selangor FC ketika ini tidak lagi memikirkan insiden yang berlaku sebelum ini kerana mereka kini dalam fasa bersedia mengharungi setiap perlawanan dalam Liga Super,” katanya kepada pemberita, malam tadi.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilapor menyatakan polis akan mengetatkan kawalan keselamatan di sekitar Stadium MBPJ dalam perlawanan yang membabitkan dua pasukan itu.

Malah, beliau memberi amaran pihaknya akan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat penonton atau orang awam yang didapati sengaja melakukan provokasi sebelum atau selepas tamat perlawanan itu.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Mohd. Najwan menyatakan keyakinan pasukan Red Giants akan mengutip tiga mata penuh menentang pasukan KDA FC walaupun terpaksa melupakan seketika tonggak pasukan, Faisal Halim yang masih lagi menjalani rawatan.

Ujarnya, pemain yang berada dalam pasukan Selangor FC mampu menggantikan pemain itu, lantas ketiadaan Faisal untuk tempoh beberapa bulan mampu digalas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×