Tragedi Orang Asli: Ibu akui hilang separuh nyawa lihat jenazah anak

Tragedi Orang Asli: Ibu akui hilang separuh nyawa lihat jenazah anak

ROHANI Adi (dua dari kanan) menunggu jenazah anaknya di pekarangan Jabatan Forensik Perubatan Hospital Gua Musang, Kelantan,-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang wanita Orang Asli dari suku kaum Semai mengakui hampir hilang separuh nyawa selepas melihat jenazah anaknya lelaki terbujur kaku di dalam bilik mayat Hospital Gua Musang selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 89.5, Jalan Gua Musang-Lojing di sini, semalam.

Rohani Adi, 50, dari Kampung Sungai Ruil, Tanah Rata, Cameron Highlands berkata, sejurus mengetahui Fauzi Ramli, 27, maut dalam kemalangan tersebut dia hanya mampu menangis terkenangkan nasib yang menimpa anak kedua daripada lima beradik itu.

Menurutnya, kejadian itu hanya diketahui selepas dimaklumkan oleh anak sulung.

“Pada pukul 8 pagi semalam adalah kali terakhir saya berjumpa dan melihat wajah Fauzi. Saya sempat membancuh air kopi untuknya ketika bersarapan sebelum dia berangkat ke tempat kerja.

“Sebelum kejadian, saya difahamkan lori anak mengalami kerosakan dan dia kemudian bertindak menumpang lori simen rakannya,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Gua Musang di hari ini.

Rohani memberitahu, mendiang tidak menunjukkan sebarang sikap pelik dan berkelakuan seperti biasa.

Katanya, dia hanya mampu menangis dan merasakan separuh nyawanya hilang selepas melihat jenazah anaknya terbujur kaku di dalam bilik mayat Hospital Gua Musang. 

Sementara itu, Norhayati Baseh, 42, isteri kepada pemandu lori simen, David Harun, 42, memberitahu, dia tidak menyangka sekelip mata hilang tempat bergantung selepas suami bersama dua lagi rakannya terlibat dalam nahas.

Katanya, mendiang suaminya sudah tujuh tahun bekerja sebagai pemandu lori simen. 

Utusan Malaysia semalam melaporkan, masalah brek pada lori simen dipercayai menjadi punca tiga lelaki Orang Asli suku kaum Semai maut selepas kenderdan yang dinaiki mereka it terbabas sebelum teriatuh ke dalam gaung di Kilometer 89.5, Jalan Gua Musang-Lojing di sini.

Nahas kira-kira pukul 10.15 pagi itu menyebabkan pemandu lori, David Harun, 42, bersama dua lagi penumpang, Zaki Osman, 23, dan Fauzi Ramli, 28, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mengikut hasil siasatan pihak polis terdapat kesan brek sepanjang 415 meter terdapat di atas jalan berkenaan.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×