LUMRAH wanita gemarkan kecantikan dan keindahan hingga ramai yang berlumba-lumba mencuba pelbagai jenis produk semata-mata untuk mendapatkan kulit cantik berseri tanpa sebarang cela.
Namun, tidak semua produk penjagaan kulit dan kosmetik selamat digunakan.
Semuanya bergantung kepada bahan digunakan dalam produk berkenaan sama ada merkuri atau bahan kimia berbahaya yang mampu memberi kesan jangka panjang terhadap tubuh.
Pengurus Besar Qaler Cosmetic, Priscilla Ooi berkata, produk kosmetik seharusnya tidak memiliki sebarang bahan yang boleh memudaratkan kulit dan tubuh badan dalam jangka masa panjang.
Sebaliknya, ia harus memiliki fungsi utama iaitu untuk mencantikkan dan menyihatkan kulit seperti yang diingini pengguna.
Jenama diasaskan pada 2023 itu menekankan kepada penggunaan yang bersih dan selamat.
Malah penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk berlangsung selama sembilan bulan.
“Produk ini dihasilkan tanpa bahan yang tidak sepatutnya ada dalam bahan kosmetik seperti paraben yang digunakan pengawet.
“Paraben ini sebenarnya boleh mencetuskan hormon tidak baik kepada wanita. Sebab itu ada kesan sampingan seperti berisiko tinggi untuk kanser payudara dan sebagainya,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Kurang kefahaman mengenai kandungan dalam produk kosmetik dan penjagaan wajah yang digunakan boleh memudaratkan kesihatan pengguna tanpa mereka sedari.
Terutamanya jika terdapat kandungan logam berat (Pb) yang kebiasaannya terdapat dalam produk gincu bagi tujuan ketahanan warna yang lebih lama.
“Kalau suka gincu tahan lama, yang warnanya tetap kekal biarpun sudah makan dan minum, sebenarnya ia agak bahaya kerana mungkin
mengandungi logam berat.
“Bila pakai gincu, secara tidak langsung kita akan telan sedikit demi sedikit logam berat itu. Malangnya logam berat ini tidak akan detoks
di dalam tubuh, sebaliknya kekal dan dalam jangka masa panjang akan memberikan kesan sampingan pengguna.
“Sebab itu produk kami tawarkan hanya menggunakan warna semula jadi daripada mineral,” jelasnya.

KANDUNGAN MINIMALIS
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi, Chan S.H. berkata, pemilihan produk penjagaan diri yang selamat turut penting kepada ibu mengandung.
“Sebab setiap produk penjagaan kulit yang lembap yang dipakai akan menyerap 60 peratus ke dalam kulit. Ia dipanggil sebagai kesan
transdermal.
“Bahan yang menyerap ke dalam kulit ini kemudiannya akan masuk ke darah dan seterusnya masuk ke organ.
“Kalau produk yang kita pakai ada merkuri ia akan rosakkan organ dan tidak akan keluar. Merkuri ini hanya dua sahaja sama ada ia attack atau ia attach dengan organ,” katanya.
Justeru, katanya, dengan kehadiran produk kosmetik dan penjagaan wajah yang selamat memberi pilihan lebih baik kepada pengguna.
“Selamat maksudnya kami menggunakan bahan-bahan yang tidak bebankan kulit dan rosakkan kulit.
“Bahan-bahan juga minimalis kerana kami hanya dapatkan yang terbaik dan selamat untuk diletakkan di dalam produk.
“Kami juga sentiasa melakukan inovasi untuk produk penjagaan wajah yang mesra alam kerana kita juga mahu menjaga kesejahteraan alam sekitar,” katanya.
Qaler Cosmetic tidak didatangkan dalam sebarang bentuk bungkusan seperti kotak bagi mengurangkan pembuangan sisa.

Selain rangkaian produk kosmetik, ia turut menampilkan rangkaian penjagaan wajah yang turut menggunakan bahan-bahan selamat dan mesra alam.









