‘Jangan tunggu musim hujan baru dalamkan tali air’

‘Jangan tunggu musim hujan baru dalamkan tali air’

MUHAMMAD Rahman (kanan) dan Azman menunjukkan tali air berhampiran Taman Ilham yang perlu didalamkan bagi mengatasi limpahan air sehingga menyebabkan banjir kilat di taman perumahan berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Hujan lebat dalam tempoh yang agak panjang sejak akhir ini menimbulkan keresahan kepada penduduk di Jalan Ilham 28 hingga 56 di Taman Ilham, di sini kemungkinan berlaku banjir kilat akibat limpahan dari tali air berhampiran kawasan kediaman itu.

Malah, limpahan dari tali air sepanjang satu kilometer itu adalah punca utama banjir kilat yang melanda taman perumahan sehingga penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) ketika musim Monsun Timur Laut sebelum ini.

Seorang penduduk, Muhammad Rahman, 57, berkata, selepas banjir melanda kawasan penempatan itu pada Januari lalu, pihak berkaitan telah membuat tinjauan dan berjanji akan melakukan kerja-kerja mendalamkan tali air berkenaan.

Namun, katanya, hingga kini belum ada sebarang kerja mendalamkan tali air itu dilakukan.

“Sekiranya air meningkat dan melimpahi tebing pasti akan berlaku banjir kilat di kawasan perumahan ini dan kami tidak sanggup untuk berdepan masalah seperti ini apatah lagi pada musim kemarau,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Rosman Ahmad, 50, pula berharap agensi berkaitan menunaikan segera janji mendalamkan tali air berkenaan.

‘Rasanya tidak perlu tunggu musim hujan tiba baru hendak dalamkan tali air ini. Kami tidak mahu masalah berulang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×