Maklum PBT jika buat rumah terbuka

Maklum PBT jika buat rumah terbuka

NOTIS saman parkir yang dikatakan dikeluarkan MPHTJ kepada tetamu Majlis Aidilfitri MN yang berlangsung di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Penganjuran rumah terbuka berskala besar membabitkan kehadiran ribuan tetamu seperti Majlis Aidilfitri Muafakat Nasional (MN) di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini kelmarin (Ahad) perlu dimaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata, penganjur sepatutnya berbuat demikian bagi mengelak insiden tetamu disaman atas kesalahan letak kenderaan memandangkan penguat kuasa hanya menjalankan tugas seperti kebiasaan.

Tegasnya, di Melaka, Ahad bukanlah hari parkir percuma manakala nilai saman dikeluarkan bergantung kepada jenis kesalahan dan lokasi kenderaan terlibat diletakkan.

“Penganjur tidak memaklumkan berkenaan rumah terbuka itu kepada kita. Meskipun dibuat di kawasan persendirian, dengan kehadiran ribuan tetamu seperti didakwa, sudah pasti ada yang meletak kenderaan di lokasi-lokasi yang tidak dibenarkan.

“Oleh kerana tiada pemakluman rasmi, penguat kuasa menjalankan tugasnya seperti biasa kerana di Melaka, hari Ahad bukanlah hari parkir percuma,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, MN meminta penjelasan MPHTJ yang didakwa mengeluarkan saman parkir kepada tetamu Majlis Aidilfitri MN yang berlangsung di Taman Tasik Utama.

Pengerusi MN Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku memandangkan lokasi penganjuran dibuat di rumah persendirian, malah pada hari cuti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×