Wanita ditahan selepas pajak barang kemas rakan serumah

Wanita ditahan selepas pajak barang kemas rakan serumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita tergamak berjoli dengan wang yang diperoleh selepas menggadaikan barang kemas milik rakannya bernilai RM2,000.

Kejadian itu berlaku selepas wanita berusia 33 tahun terbabit diajak rakannya untuk tinggal bersama di rumahnya di sebuah apartmen di Pandan Indah, Ampang kerana mereka sudah lama tidak berjumpa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, namun rakannya tidak menyangka suspek mengambil barangan kemas miliknya selain barangan rakan serumah yang lain juga disyaki dicuri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata beliau, satu laporan polis dibuat oleh mangsa pada 24 April lalu.

“Bertindak atas laporan, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya menahan suspek di kawasan Ampang, kelmarin.

“Hasil penahanan itu membawa kepada serbuan di rumah suspek di Damansara dan polis menemukan sekeping surat pajak dipercayai selepas suspek memajak emas dicuri,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, kata beliau, polis juga berjaya membuat rampasan sebentuk cincin emas dipercayai milik mangsa.

Beliau berkata, suspek direman empat hari sehingga Isnin ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Pengadu yang bekerja sebagai pembantu khidmat pelanggan mendakwa mengemas bilik pada 6.20 petang sebelum menyedari barang kemas disimpan dalam kabinet hilang.

“Pengadu menceritakan perkara itu kepada dua rakan serumahnya supaya membuat pemeriksaan di bilik masing-masing sebelum seorang daripada rakan serumah mendakwa barang kemas miliknya turut hilang,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini