Rakan serumah pengotor

Rakan serumah pengotor

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN
SAYA tinggal di rumah sewa dengan dua orang rakan lain yang pengotor. Saya sangat rimas dan tidak selesa.

Sudah banyak kali menegur, namun tidak diendahkan. Apa yang perlu saya lakukan?

SANG BERDUKA

JAWAPAN
Kebersihan merupakan aspek yang sangat dititikberatkan oleh Islam. Menjaga kebersihan diri adalah tanggungjawab bagi setiap insan seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ‘Kebersihan adalah separuh daripada iman’ Hadis Riwayat muslim.

Apabila berhadapan dengan rakan serumah yang kurang menjaga kebersihan, pasti sangat mengganggu emosi bukan?

Mana tidaknya, bukan semua dalam kalangan kita yang suka tinggal dalam keadaan rumah yang kotor, bersepah dan tidak menyenangkan.

Rumah yang seharusnya menjadi tempat untuk berehat dan bersenang-senang, malah menjadi tempat yang meresahkan hati.

Menghadapi situasi seperti ini sememangnya sangat mencabar. Terutamanya apabila perlu berhadapan dengan rakan serumah yang tidak
memahami keadaan saudari.

Berikut beberapa langkah boleh dipertimbangkan bagi menghadapi situasi ini:  Mengadakan perbincangan – Cuba duduk bersama dengan mereka dalam keadaan santai dan bincangkan isu kebersihan rumah. Sampaikan dengan jelas perasaan dan keadaan yang mengganggu emosi dan fikiran anda. Ajak mereka untuk mencari jalan penyelesaian yang boleh dilakukan secara bersama-sama.

Jadual bertugas – Buat jadual tugas harian yang mana setiap orang perlu bertanggungjawab membersihkan bahagian tertentu dalam rumah secara berkala. Perihal ini dapat membantu anda untuk memastikan kerja-kerja pembersihan dilakukan secara berterusan dengan baik.

Mengamalkan komunikasi yang berkesan – Pastikan komunikasi di antara anda dan rakan serumah baik. Jika terdapat sebarang masalah atau
keadaan yang kurang selesa, segera ajak berbincang dengan baik.

Mengadakan perjanjian bertulis – Tulis perjanjian mengenai standard kebersihan dan tanggungjawab setiap orang di dalam rumah.
Ini boleh membantu mengingatkan semua pihak tentang komitmen masingmasing semasa berada di rumah.

Cari bantuan luar – Sekiranya usaha ini tidak berjaya, pertimbangkan dengan pihak luar seperti pengurus rumah sewa. Mereka mungkin boleh membantu menyelesaikan situasi atau memberi amaran kepada rakan serumah yang tidak menjaga kebersihan. Isu kebersihan perlu dititikberatkan kerana kekotoran boleh menjejaskan kesihatan semua orang.

Pilihan lain – Seandainya situasi ini berlarutan dan tiada jalan penyelesaian, pertimbangkan untuk mencari rumah sewa dan rakan serumah baharu yang lebih menitikberatkan kebersihan. Pastikan hidup dan emosi anda  terjaga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×