AIA Public Takaful sumbang RM800,000 kepada Kongsi Rezeki

AIA Public Takaful sumbang RM800,000 kepada dana Kongsi Rezeki

AIA Public Takaful hari ini mengukuhkan komitmennya terhadap pengayaan dan kesejahteraan komuniti dengan menyalurkan dana sebanyak RM800,000 kepada program Kongsi Rezeki.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: AIA Public Takaful Bhd. (AIA Public Takaful) menyalurkan dana sebanyak RM800,000 kepada program Kongsi Rezeki yang akan diagihkan kepada 15 pusat rumah anak yatim.

Ketua Pegawai Eksekutif AIA Public Takaful, EImie Aman Najas berkata, sumbangan tersebut dapat memberi manfaat penerima program itu bagi menyediakan sokongan dalam bentuk bekalan harian dan keperluan lain.

Kata beliau, pemberian dana tersebut juga  diharapkan dapat memudahkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental kanak-kanak kurang bernasib baik tersebut.

Menurutnya, sumbang ini seiring dengan usaha AIA Public Takaful dalam sentiasa mengukuhkan komitmen syarikat untuk memacu perubahan bermakna yang membawa impak positif kepada komuniti di mana ia beroperasi.

“Menyedari kepentingan menyokong inisiatif yang memperkasakan komuniti kita, adalah penting untuk kami terus memainkan peranan sebagai warga korporat yang bertanggungjawab.

“Dengan peruntukan tambahan ini, kami bukan saja dapat memperluaskan jangkauan program, sekali gus memberi peluang kepada kanak-kanak ini untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna,” katanya dalam ucapan di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri AIA Public Takaful di sini, semalam.

Ujar beliau,  pihaknya berharap sumbangan itu dapat menjamin masa depan yang lebih cerah di mana setiap kanak-kanak untuk memenuhi impian, tampil cemerlang dan berkembang maju dengan cara tersendiri.

Seramai 100 anak-anak yatim dan penjaga dari Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Pertubuhan Kebajikan Amal Rukaiyah, Rumah Kasih Nurul Hasanah dan Pusat Jagaan Penyayang Nur Iman hadir memeriahkan  majlis tersebut.

Keempat- empat rumah anak yatim tersebut tersenarai dalam penerima sumbangan dalam program ‘Kongsi Rezeki’.

Dalam majlis yang sama, AIA Public Takaful juga turut memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim yang hadir bagi meraikan mereka sebagai insan istimewa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×