Projek inovatif ilham pelajar pengajian media

Projek inovatif ilham pelajar pengajian media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PLATFORM Tayangan dan Pameran Kajian Media (Momentus) merupakan acara tradisi tahunan yang ditunggu-tunggu di Universiti Malaya (UM) bagi memperkenalkan dan mengetengahkan karya kreatif serta inovatif pelajar.

Penganjurannya kali ini disertai 68 kumpulan merangkumi 200 penuntut program siswazah dan pasca
siswazah daripada Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera & Sains Sosial.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Momentus 2024, Nur Ain Hashim berkata, setiap kumpulan diberikan tugasan berbeza untuk menghasilkan filem pendek, video korporat, video promosi, kit pemasaran dan buku dalam pelbagai bidang seperti fesyen, teknologi, kesihatan, agrikultur serta arkitek.

Matlamat utamanya adalah untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar dalam kajian media sekali gus merealisasikan impian masing-masing.

“Platform ini sangat penting kerana ia merupakan kemuncak usaha dan dedikasi pelajar sepanjang tahun akademik mereka.

“Buat julung kalinya pelajar berpeluang bekerjasama dengan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di samping pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi penghasilan projek Projek inovatif ilham pelajar pengajian media akhir,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Acara berkenaan dirasmikan Naib Canselor UM, Prof. Datuk Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman.

Menurut Nur Ain, edisi kali ini mengangkat tema, Perspektif Tapestri sebagai terjemahan kepada karya inovatif pelajar yang berbeza-beza umpama warna-warni dalam bebenang dan penghasilan produk kraf
itu.

Kesemua 68 karya bagi projek akhir Momentus 2024 itu boleh ditonton di laman Instagram rasmi Jabatan Pengajian Media UM iaitu, @medkomum.

Sementara itu, Hadiah Azizah Hamzah, kemenangan berpihak kepada kumpulan Siti Amirah Mohd. Nor, Shazana Ahmad dan Yee Xing Ying yang meraih Reruai Terbaik menerusi projek kit pemasaran fesyen haiwan peliharaan.

Pasukan Wu Mengyao, Wong Hangjie dan Xiao Fang Zhang pula dinobatkan sebagai Projek Terbaik Tahunan.

Penerima Hadian Rohana Amdan bagi kategori Audio Visual Terbaik pula diberikan kepada kumpulan Wilson Cheng Wei Yang, Nur Ain Hashim dan Nurnabilah Berhaman yang menghasilkan video korporat untuk syarikat PKS, Kewdoo.

Pemenang lain ialah Editorial Suara TV Terbaik, diungguli pasukan Fazreeq Zulha’in Zulkifli, Nur Ain Aman dan Lim Hong Jie menerusi penghasilan kit pemasaran berkaitan gula nisang diikuti Hadiah Pimon Patiang kepada Siti Faizah Aliya, Malva Adhwa Putri dan Nabina Rahman Shahid.

Pemenang Hadiah Pimon Patiang itu menghasilkan filem pendek berkisar tentang usaha remaja yang cuba menyelamatkan diri setelah ditimpa kemalangan di kawasan perumahan namun gagal. Mayatnya dijumpai seorang gadis pada tengah malam.

Semua pemenang membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×