PKBM optimis Jijoe mampu raih  emas di Olimpik 

PKBM optimis Jijoe mampu raih emas di Olimpik 

JAGUH basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai di Nilai, Negeri Sembilan semalam sebagai persiapan untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris 2024. GAMBAR - AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bertindak berani dengan meyasarkan sebutir emas di Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi jaguh basikal trek sensasi negara, Datuk Azizulhasni Awang.

Timbalan Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, sasaran yang diletakkan pihaknya itu selari dengan hasrat Azizulhasni yang terkenal julukan The Pocket Rocketman untuk melengkapkan kutipan pingat di temasya terbesar dunia itu.

Menurut Amarjit, sasaran yang diumumkan itu adalah realistik berdasarkan prestasi semasa jaguh berbasikal trek negara itu, sekali gus menunaikan impian rakyat Malaysia yang mendambakan emas di pentas Olimpik.

“Saya rasa kita semua tahu aspirasi Azizulhasni Ketika beliau menghala ke Sukan Olimpik Paris adalah ingin meraih pingat emas.

“Baru-baru ini beliau turut menyatakan hasratnya itu (raih emas) di Paris nanti. Sebelum ini, Azizulhasni telah meraih pingat gangsa di Rio de Janeiro, Brazil (2016) dan juga pingat perak di Olimpik Tokyo. Apa yang tertinggal adalah pingat emas.

“Saya juga telah berbincang dengan pengarah teknikal, John Beasley dan berdasarkan aspirasi Azizulhasni serta apa yang dibincangkan sebelum ini, PKBM telah menyasarkan satu pingat emas dalam sukan berbasikal trek di Olimpik Paris.

“Kita juga perlu realistik dan perkara ini telah dibincang lama. Malahan pingat emas ini adalah hasrat Azizulhasni dan juga sasaran utamanya.

“Itu sebab kami turut selari dengan hasrat yang ingin dicapai oleh Azizulhasni iaitu meraih satu pingat emas dalam acara keirin,” katanya dalam siding akhbar, semalam.

Dalam pada itu katanya, dengan menyatakan sasaran emas kepada Azizulhasni, PKBM tidak bermaksud untuk memperkecilkan keupayaan dua lagi atlet basikal trek yang layak ke Paris iaitu Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izaati Mohd. Asri-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×