GEORGE TOWN : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Khalifah Jelutong di Jalan Kota Giam, di sini.
Beliau yang lengkap berbaju Melayu dan bersamping tiba kira-kira pukul 11 malam dan disambut oleh Pengerusi Persatuan Khalifah Jelutong, Ali Mubarak.
Anwar meluangkan masa kira-kira 40 minit bagi menikmati hidangan dan beramah mesra bersama ribuan penduduk setempat yang memeriahkan majlis terbabit.
Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr. Mohamad Abdul Halim dan Exco Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol dan Penasihat Yayasan Global Mesra, Datuk Seri Salim Abdul Rahman.
Terdahulu, beliau turut menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di Tasik Darulaman Jitra, di Kedah.-UTUSAN










