PRK Kuala Kubu Baharu: Elak kempen polarisasi kaum

PRK Kuala Kubu Baharu: Elak kempen polarisasi kaum

Pesawat MH370
ANTHONY Loke Siew Fook merasmikan Karnival Kerjaya ECRL di Bandar Utama Batang Kali, di Hulu Selangor, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu tidak sewajarnya mencetuskan polarisasi kaum.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, sebaliknya pihak kerajaan dan pembangkang perlu membawa agenda perpaduan dan memperjuangkan kestabilan dan pembangunan ekonomi.

Katanya, beliau akan memastikan kempen yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan berpaksikan kepada kerjasama antara semua parti komponen dan membawa penyatuan.

“Itu yang kita mahu kurangkan polarisasi kaum, memang kita tahu hubungan kaum kadangkala dimainkan oleh parti dan orang politik maka kadang-kadang menyebabkan ada polarisasi kaum, jadi apa yang penting dalam masyarakat kita?

“Kita mesti satukan, rapatkan hubungan dan membawa kepada satu perpaduan nasional dalam negara kita, itu sebabnya program-program kita bukan bertumpukan kepada kaum-kaum tertentu sahaja.

“Umpamanya semalam saya hadiri ceramah di sini, kita tampilkan pemimpin pelba­gai kaum daripada semua parti, kehadirannya juga pelbagai kaum, jadi kita tidak berkempen untuk satu kaum sahaja,” katanya kepada pemberita selepas Karnival Kerjaya ECRL di Batang Kali di sini semalam.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Menteri Peng­angkutan itu menasihatkan pengundi di Kuala Kubu Bharu supaya tidak terperdaya dengan sentimen perkauman yang didakwa dimainkan oleh Perikatan Nasional (PN) sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu sejak penamaan calon Sabtu lalu.

Menurutnya, PN memainkan sentimen tersebut apabila Kerajaan Perpaduan meletakkan calon daripada kaum Cina, Pang Sock Tao, khususnya DAP.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Seremban itu enggan berterusan mengulas isu tersebut, sebaliknya menggesa kempen kali ini menonjolkan isu masa depan, kesejahteraan rakyat, peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi.

“Itu antara isu penting dalam pilihan raya di mana-mana dunia pun orang cakap tentang ekonomi, peluang pekerjaan. Itu yang kita laksanakan, tugas kita ialah terus membawa peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN