Kambing goreng kunyit tiga minit

Kambing goreng kunyit tiga minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEBANYAKAN kita pasti pernah menerima kunjungan tetamu yang tidak dijangka di rumah.

Tiba-tiba telefon berdering memaklumkan mereka dalam perjalanan dan bakal tiba lagi 15 ke 30 minit lagi.

Pasti kelam-kabut tuan rumah ke dapur untuk menyediakan minuman dan makanan buat tetamu yang berkunjung.

Seri kongsikan menu istimewa yang boleh disiapkan sepantas kilat, iaitu kambing goreng kunyit tiga minit.

Jika sebelum ini kita biasa mendengar sajian ayam goreng kunyit, sesekali jom ubah selera dengan menggunakan daging kambing pula.

BAHAN-BAHAN
200 gram daging kambing
1-2 sudu teh serbuk kunyit
Seulas bawang putih
(dicincang)
1 sudu kicap ikan
1/3 sudu teh stok ayam
Sedikit serbuk perasa
20 gram lobak
40 gram bawang Holland

CARA PENYEDIAAN
Gaulkan daging kambing
dengan kunyit, bawang
putih, kicap ikan,
stok ayam dan serbuk
perasa.
Gorengkan dalam minyak
panas.
Masukkan lobak dan bawang
Holland.
Sedia untuk dihidang.

Ketua Cef: House of Kambing, MAEPS Serdang
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×