Mentua pilih kasih

Mentua pilih kasih

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN
SAYA kurang selesa dengan layanan mentua kepada saya dan anak anak. Sangat berbeza dengan menantu dan cucu lain. Saya nak jaga hati saya dan anak-anak tapi suami macam tak faham. Apa yang perlu saya lakukan.
ISTERI BERDUKA

JAWAPAN
Selesai perkahwinan, keluarga mentua menjadi sebahagian daripada keluarga kita. Bab kata pepatah, masuk kandang kambing mengebek, masuk kandang kerbau menguak. Usahalah sebaik mungkin untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran itu.

Memiliki keluarga mentua yang baik adalah satu anugerah bagi setiap wanita. Namun bagaimana pula dengan wanita yang mempunyai mentua yang kurang menyenangi kehadiran mereka?

Pasti pelbagai emosi timbul dalam diri bukan? Mengharapkan kasih sayang keluarga baru malah dilayan seperti orang luar.

Menjawab persoalan puan, saya faham betapa sukar untuk berhadapan dengan situasi ini. Merasa tidak diperlakukan dengan adil oleh ahli keluarga sangat menyakitkan.

Memang, penting untuk menjaga hubungan baik dengan suami, namun penting juga untuk merasai perasaan dihargai dan diperlakukan dengan baik oleh keluarga baru.

Berikut beberapa cara yang boleh dilakukan untuk berhadapan dengan isu ini:

Berkomunikasi – Mengadakan perbincangan terbuka dengan suami. Beri contoh situasi yang membuatkan puan merasa diperlakukan secara berbeza semasa di rumah keluarga suami. Perihal ini sangat penting untuk memberi gambaran kepada suami supaya cakna dengan keadaan yang berlaku akan datang.

Buat perancangan bersama – Berbincang dengan suami cara untuk membuatkan puan merasa selesa apabila berkunjung ke rumah mentua.

Rancang aktiviti bersama keluarga atau membuat kesepakatan dengan menetapkan batasan-batasan tertentu seperti mana yang puan ingin diperlakukan semasa kunjungan di sana.

Tetapkan batasan – Sekiranya terdapat perlakuan yang tidak menyenangkan sehingga merendahkan atau memijak maruah puan, elakkan daripada kerap membuat kunjungan ke sana bagi menjaga Kesejahteraan emosi puan sekeluarga.

Ajak suami melancong – Boleh mencadangkan kepada suami untuk menghabiskan masa cuti dengan melancong ke tempat lain. Lakukan perjalanan bersama keluarga dapat memberi peluang untuk puan sekeluarga meluangkan masa yang lebih berkualiti bersama tanpa gangguan.

Berkongsi cerita – Cari sumber sokongan seperti rakan, keluarga atau kaunselor untuk meluahkan perasaan yang dirasai. Berbicara dengan seseorang yang dipercayai dapat membantu puan lebih
tenang dan mendapat nasihat
dengan betul.

Tetapkan pilihan – Sekiranya perbincangan terbuka denganm suami tidak menghasilkan keputusan yang baik, puan perlu mengambil tindakan lanjut seperti mengurangkan kunjungan ke rumah keluarga suami atau mencari jalan penyelesaian lain yang sesuai dengan keperluan puan dan anak-anak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×