Tealive perkenalkan slogan jenama baharu

Tealive perkenalkan slogan jenama baharu sempena Hari Teh Boba Antarabangsa

BRYAN Loo (empat dari kiri) pada majlis pelancaran slogan dan maskot baharu Tealive di di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tealive Malaysia memperkenalkan slogan jenama baharu, ‘Brewing positivity’ dan ikon ‘Cawan Terbesar Teh boba Tealive’ sempena meraikan sambutan hari Teh Boba Antarabangsa.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn bhd, Bryan Loo berkata, inisiatif ini bertujuan untuk menggembirakan pembeli bagi meraikan sambutan tersebut, disamping dapat membangkitkan suasana dan pemikiran positif dalam kalangan masyarakat.

Jelasnya, slogan ‘Brewing Positivity’ merupakan simbol inspirasi yang memiliki kemampuan untuk meningkatkan semangat perpaduan rakyat Malaysia menerusi #TealiveBrewingPositivity.

“Kami ingin menyerlahkan kuasa slogan ini menerusi kisah-kisah inspirasi Tealive supaya dapat memiliki pandangan, emosi, pengalaman dan sikap yang lebih positif,” katanya.

Dalam pada itu, syarikat Tealive juga turut memperkenalkan ikon maya cawan teh boba yang berukuran setinggi 185 meter dan 36 meter lebar.

“Kami memilih ikon ini bagi menggembirakan rakyat Malaysia dengan cawan teh boba terbesar untuk dipaparkan kepada masyarakat supaya dapat mengekalkan keterikan pelanggan kepada jenama Tealive.

“Kami juga turut menyediakan minuman yang eksklusif dan baharu iaitu Mega Pearl Peach Paradise, Mango Peach Oolong Tea, Bang-Bang Peach Oolong Tea Latte dan Peach Oolong Milk Tea yang diisi dengan boba bersaiz mega,” jelasnya.

Beliau berkata, langkah ini bukan sahaja dapat memberi keseimbangan yang menyegarkan malah memberi kepuasan bagi setiap penggemar minuman mutiara boba.

Selain itu, syarikat ini juga turut memperkenalkan ‘Bru’ (maskot baharu) yang mempunyai boba sebagai kepalanya dengan perwatakan unik dan ‘funky’.

“Maskot ini juga turut memainkan peranan dalam menentang aura negatif melalui pemikiran yang bijak dan personaliti yang optimis,” jelasnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×