Kanak-kanak perempuan dua tahun cedera didera bapa kandung

Kanak-kanak perempuan dua tahun cedera didera bapa kandung

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun cedera di kepala, lenggan dan terdapat kesan melecur selepas didera bapa kandungnya dalam kejadian di Jalan Kuari, Kuala Lumpur, kelmarin.

Kejadian itu terbongkar selepas nenek mangsa berusia 58 tahun yang mengetahui kejadian itu tampil membuat laporan polis pada 28 April lalu selepas melihat kecederaan dialami cucu perempuannya itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, mangsa memaklumkan dia didera bapanya berusia 37 tahun ketika berada di rumah di Taman Pinggiran Cheras, Jalan Kuari.

Katanya, mangsa dikatakan tinggl bersama ibu dan adiknya berusia setahun.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Ampang oleh neneknya sebelum dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan.

“Susulan itu, pada jam 10.30 malam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menahan suspek di Jalan Kuari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Azam berkata, saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methampethamine.

“Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau narkotik dan bekerja sebagai penghantar minyak secara sambilan.

“Permohonan reman suspek di Mahkamah Ampang dibenarkan selama tujuh hari bermula semalam hingga 8 Mei ini,” jelasnya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 merujuk kepada penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

Mohd. Azam berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kesan kecederaan lama dan baharu.

“Siasatan awal terhadap suspek, mangsa dipukul olehnya disebabkan kanak-kanak itu seorang yang lasak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×