Selangor jangka basmi miskin tegar sepenuhnya Julai ini - Utusan Malaysia

Selangor jangka basmi miskin tegar sepenuhnya Julai ini

Miskin tegar
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Kemiskinan tegar di Selangor dijangka dapat dinoktahkan selewat-lewatnya pada Julai ini dan daerah pertama yang sudah pun mencapai status tersebut adalah, Sepang.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kini terdapat hanya 861 keluarga yang masih tergolong di dalam kumpulan miskin tegar di negeri tersebut.

Menurutnya, beberapa usaha akan dilakukan untuk membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Bulan Jun nanti saya akan tengok laporannya, saya percaya maksimumnya Julai (ini) kita boleh ‘menghapuskan’ daripada data log awal.

“Tetapi dari semasa ke semasa, sudah pasti selepas kita dapat data sepnuhnya daripada Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), kita akan tengok balik keperluan-keperluan itu yang dapat ditambah,” katanya ketika ditemui media selepas beliau menghadiri Majlis Sambutan Raya Anak Batang Kali, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, antara daerah yang berjaya di dalam usaha membasmi kemiskinan itu adalah Sepang yang mencatat sifar miskin tegar.

“D Gombak, penurunannya agak rendah sedikit 72 peratus, daerah lain juga ada yang turun (hingga) 92 peratus daripada 8,000 lebih. Jadi saya yakin kita boleh membasmi (kemiskinan tegar) menjelang Julai,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×