Zus Coffee kampus UniSZA tawar pekerjaan kepada pelajar - Utusan Malaysia

Zus Coffee kampus UniSZA tawar pekerjaan kepada pelajar

FADZLI Adam menandatangani plak perasmian cawangan baharu Zus Coffee kampus UniSZA di Kuala Nerus, semalam. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kini giat menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat terkemuka yang boleh menawarkan peluang pekerjaan kepada pelajarnya.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Fadzli Adam berkata, UniSZA melalui Bahagian Penjanaan Strategik juga membuka peluang menyewa ruang dan premis perniagaan di dalam kampusnya bagi mencapai matlamat itu.

“Terkini, seorang bekas pelajar UniSZA membuka cawangan baharu Zus Coffee di kampus Gong Badak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia adalah outlet Zus Coffee kelapan yang dibuka dalam kampus institut pengajian tinggi di Malaysia dan setakat ini menawarkan peluang pekerjaan secara sambilan kepada tiga pelajar dan jumlah itu akan terus bertambah dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Zus Coffee cawangan kampus UniSZA kampus Gong Badak di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelajar-pelajar universiti selepas ini akan mempunyai peluang untuk bekerja secara sambilan Zus Coffee tersebut, sekaligus dapat menampung kos hidupan harian dengan

“Matlamat kita seterusnya adalah untuk mencari lebih banyak syarikat berkolaborasi dengan tiga kampus UniSZA yang lain mengikut kesesuaian.

“Ini juga akan selanjutnya membuka ruang bagi pelajar-pelajar UniSZA menjalankan latihan ilmiah di syarikat-syarikat tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini