NAMA Mohamad Aniq Kasdan menjadi buah mulut peminat sukan angkat berat apabila atlet berusia 21 tahun itu berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris buat pertama kali selepas berada di ranking kelapan dunia bagi kategori 61 kilogram (kg).
Atlet berusia 21 tahun itu mula mencipta nama dalam sukan angkat berat apabila berjaya merangkul pingat emas ketika beraksi di Sukan Komanwel Birmingham dua tahun lalu.
Aniq berkampung selama sebulan di Aceh, Indonesia bagi menjalani latihan intensif sepanjang ramadan lalu bagi mempersiapkan diri menghadapi kejohanan kelayakan terakhir di Phuket berbaloi dengan pengesahannya ke temasya terbesar di dunia itu.
Untuk rekod, kali terakhir angkat berat berada dalam kontinjen negara ke temasya terbesar dunia itu adalah di Olimpik Rio 2016 dalam kategori 69kg menerusi Mohd. Hafifi Mansor.
1. Destinasi percutian idaman?
Maldives
2. Hobi masa lapang?
e-Sukan
3. Atlet angkat berat kegemaran?
Eko Yuli Irawan
4. Aktiviti ketika pulang ke kampung halaman?
Memancing
5. Makanan kegemaran
ketika Aidilfitri?
Lemang, ketupat palas, rendang, ayam kicap
6. Selebriti kegemaran (tempatan)?
Sophia Albarakbah
7. Lagu kegemaran (dalam/luar negara)?
Sinar pelangi (Projektor Band), Hai Kuan Tian Kong (Hong Kong)
8. Impian yang belum dikecapi?
Emas Sukan Olimpik
9. Kuih raya kegemaran?
Tart nanas, ketayap
10. Kenderaan pertama yang dibeli? Kenapa?
Motosikal kerana keperluan
11. Apakah prinsip hidup?
Memberi kehidupan yang terbaik untuk keluarga
12. Binatang atau serangga yang ditakuti?
Ular
13. Kenangan pahit sebagai atlet?
Bekerja di ladang sawit kerana tiada pendapatan untuk berlatih
14. Kenangan manis sebagai atlet?
Melihat senyuman ibu bapa semasa memenangi emas di Sukan Komanwel
15. Jika bukan atlet angkat berat, siapakah anda sekarang?
Pekerja ladang – UTUSAN










