Anwar nafi beri lesen kasino di Forest City - Utusan Malaysia

Anwar nafi beri lesen kasino di Forest City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kerajaan mengeluarkan sebarang lesen untuk menubuhkan kasino di Forest City, di Johor Bharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perdana Menteri malah menegaskan, laporan portal berita antarabangsa yang mendedahkan bahawa Malaysia sedang berunding dengan beberapa taikun untuk projek bernilai AS$100 bilion (RM480 bilion).

“Tidak ada lesen kasino, tidak betul (laporan berita berkenaan projek kasino),” katanya ringkas ketika ditemui pemberita di Majlis Madani Muhibah Aidilfitri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama Kementerian Komunikasi di sini hari ini.

Terdahulu, memetik laporan Bloomberg yang memetik sumber yang menyebut Perdana Menteri berjumpa dengan pengasas Berjaya Corp Vincent Tan dan Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dalam satu mesyuarat makan tengah hari minggu lalu untuk membincangkan perkara berkenaan.

Menurut laporan itu, perbincangan mengenai projek kasino berkenaan masih dalam peringkat awal.

Forest City di Iskandar Puteri, Johor pada mulanya dirancang sebagai projek pembangunan kediaman bersepadu. Pembinaan dimulakan pada 2006, melibatkan konsortium pemaju hartanah China.

Pemajunya, Country Garden Pacificview Sdn Bhd, adalah usaha sama antara Country Garden Group dan Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, sebuah syarikat yang disokong kerajaan Malaysia.

Country Garden, sebuah syarikat di papan utama Bursa Saham Hong Kong, dan disenaraikan sebagai antara syarikat Fortune Global 500 dan adalah antara satu daripada tiga syarikat pemaju teratas China.

Visi besar projek itu adalah untuk mewujudkan kawasan perbandaran mewah untuk rakyat yang kaya daripada China.

Visi besar projek itu adalah untuk mewujudkan kawasan perbandaran mewah untuk rakyat yang kaya daripada China.

Sebelum ini ramalan adalah bahawa kawasan itu akan menarik pelaburan dan kekayaan dari China dan mewujudkan sebuah bandar moden baharu, yang didirikan di empat pulau buatan manusia di Selat Johor bersebelahan dengan Singapura. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN