Nahas helikopter: KPT salur bantuan buat keluarga mangsa

Nahas helikopter: KPT salur bantuan buat keluarga mangsa

ANGGOTA Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membawa keluar jenazah salah seorang mangsa tragedi helikopter terhempas di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, semalam. FOTO TLDM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyalurkan beberapa inisiatif bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa tragedi dua buah helikopter bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kelmarin.

KPT memaklumkan, penyaluran bantuan itu akan dilaksanakan bersama Yayasan Perkasa Siswa, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Agensi Kelayakan Malaysia, Education Malaysia Global Services, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Teknologi Malaysia Holdings.

Katanya, ia melibatkan sumbangan dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) berjumlah RM1,000 setiap seorang (keseluruhan 21 orang anak mangsa korban yang masih bersekolah dikenal pasti).

“Membiayai sepenuhnya yuran pengajian sehingga tamat belajar (Program SULUNG 2.0) untuk Nurul Shahfiqah Mohd. Shahrizan (Pelajar Tahun 1 Sarjana Muda Keusahawanan), UMK.

“Menyalurkan sumbangan berbentuk tunai kepada waris setiap 10 keluarga terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, KPT turut bersedia untuk menyalurkan apa jua keperluan dan sokongan kepada waris mangsa terutama dalam aspek pendidikan tinggi negara.

“Semoga seluruh ahli keluarga tabah serta sabar menghadapi dugaan dan ujian ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN