Diuji hilang ibu dan kakak, Kaka Azraff tiada semangat sambut Hari Raya Aildilfitri - Utusan Malaysia

Diuji hilang ibu dan kakak, Kaka Azraff tiada semangat sambut Hari Raya Aildilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kaka Azraff, mengakui sambutan Hari Raya Aidilfitrinya kali ini tidak seceria dahulu apabila penyanyi tersebut kehilangan dua insan tersayang iaitu ibu dan kakaknya.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 34, bagaimanapun merasakan perlu untuk membuat persiapan agar lebaran tahun ini tetap dapat disambut meriah bersama empat anak arwah kakak Nor Afida Noor Azraff.

“Kakak saya meninggal dunia disebabkan penyakit Meningitis. Awalnya dia demam selama dua minggu sebelum doktor memaklumkan jangkitan kuman yang dialaminya merebak sampai ke otak.

“Tahun ini sepatutnya hari raya pertama saya tanpa ibu. Tetapi tak sangka tanpa kakak sekali.

“Saya fikir, kalau saya tunjuk kesedihan ini, anak-anaknya akan terkesan. Jadi saya paksa diri beraya untuk mereka,” katanya.

Kakak ditemui Utusan Malaysia di majlis sidang media program The Hardest Singing Show, dekat sini, semalam.

Bersimpati dengan kebajikan empat orang anak saudaranya yang masih kecil, Kaka dan adik bongsunya bertekad memastikan mereka dibesarkan dengan perhatian yang cukup.

“Abang ipar saya anak tunggal, jadi tiada siapa yang dia boleh bergantung harap. Saya dan adik, kami sama-sama bantu untuk besarkan anak-anak.

“Sekarang anak arwah kakak duduk dengan adik saya memandangkan dia tawarkan diri untuk jaga.”

“Jadi saya pun sama-sama turut serta tolong jaga anak arwah kakak, sebab mereka pun memang rapat dengan saya daripada kecil,” katanya. 

Ibu kepada penyanyi lagu Gila itu telah pergi menghadap Illahi pada Mei tahun lepas.

Manakala arwah kakaknya meninggal dunia pada 8 Mac lalu, iaitu empat hari sebelum bulan Ramadan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×