Kalau ikhlas beri peruntukan tidak perlu MoU - Muhyiddin

Kalau ikhlas beri peruntukan tidak perlu MoU – Muhyiddin

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di sini, hari ini. - UTUSAN/M Firdaus M Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KUBU BHARU: “Kalau dia (kerajaan) ikhlas, tidak perlu buat memorandum persefahaman (MoU)”.

Demikian pandangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung draf MoU disiapkan kerajaan mengenai peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, PN semasa mentadbir sebelum ini tidak pernah mengenakan apa-apa perjanjian berhubung peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang.

“Saya tidak mahu kata tentang zaman saya tetapi waktu-waktu zaman PN mentadbir negara (dan) waktu Covid-19, kita beri peruntukan (kepada pembangkang).

“Mereka tidak mohon, tidak ada MoU (dan) perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) atau perjanjian apa-apa kerana kita tahu itu zaman susah,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di sini, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan bersetuju mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang menerusi mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Seri Perdana, baru-baru ini.

Ketua Whip Kerajaan Perpa­duan itu berkata, satu MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya.

Mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu diadakan susulan perjumpaan pemimpin P dengan Fadillah di Parlimen pada 19 Mac lalu.

Perjumpaan itu membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, wakil rakyat mempunyai tanggungjawab untuk membantu rakyat yang susah dengan meringankan bebanan mereka.

“Kita (sekarang) berada dalam keadaan yang susah (jadi) buat keputusan bersetuju untuk memberi peruntukan, bukan setuju untuk menimbang.

“Kita tidak tengok MoU (lagi), apa kandungannya. Kalau syaratnya bermacam-macam yang akhirnya mengikat kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×