Bersatu atau UMNO di Kuala Pilah? - Utusan Malaysia

Bersatu atau UMNO di Kuala Pilah?

Datuk Eddin Syazlee Shith
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERCATURAN parti mana bertanding merebut kerusi Parlimen Kuala Pilah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menarik untuk diperhatikan.

Kerusi tersebut satu-satunya dimenang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) daripada lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen ditandingi parti itu di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Kerusi tersebut dimenangi Datuk Eddin Syazlee Shith yang ketika itu bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) dengan jumlah undi 18,045 menewaskan penyandang, Datuk Hasan Malek daripada Barisan Nasional (BN) yang memperoleh 17,845 undi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bersatu kini tidak lagi bersama PH dan membentuk gabungan Perikatan Nasional (PN) bersama Pas.

Eddin Syazlee yang kini Timbalan Menteri Kerja Raya adalah Pengerusi Perhubungan PN Negeri Sembilan. Lebih menarik, salah satu posisi Naib Pengerusinya disandang Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Rafiei Mustapa yang juga calon dalam saingan tiga penjuru di Parlimen Kuala Pilah pada pilihan raya umum lalu.

Biarpun menarik untuk dilihat terutama oleh pemerhati politik, sebenarnya dalam soal menentukan parti mana yang akan bertanding juga rumit jika berdasarkan perkembangan politik terkini.

Sekiranya diikutkan formula status quo, Bersatu tentunya bertanding di Parlimen tersebut namun UMNO dikhabarkan mahu ‘beraksi’ atas faktor Kuala Pilah adalah kerusi tradisi dimenanginya sejak sekian lama.

Apatah lagi dengan mengambil kira perbezaan undi yang diperoleh BN dan Bersatu semasa PRU-14 hanyalah 200 undi. Bersatu tentunya tidak menerima jumlah undi sama seperti mana yang diterima pada pilihan raya lepas, sokongan pengundi PH pasti tidak akan kembali kepada Bersatu.

Menurut sumber, mengambil kira status quo, Pas dikatakan tidak meletakkan calon di Parlimen Kuala Pilah.

Namun peranan parti itu tetap ada iaitu bagi ‘memujuk’ sama ada UMNO dan Bersatu bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru di kerusi tersebut.

Bagaimanapun, kata sumber itu lagi, setakat ini tiada perbincangan yang jelas antara BN dan PN menyebabkan soal siapakah yang bertanding di situ terus menjadi tanya.

Di pihak PH pula, beberapa aspek perlu diambil kira, siapakah calon dan parti manakah yang sesuai diletakkan di kerusi Kuala Pilah yang pengundi Melayunya membentuk 77 peratus daripada keseluruhan jumlah pemilihnya pada 2018.

Ia sama ada PKR atau Amanah, namun ketika pergolakan dalaman yang berlaku dalam Amanah di peringkat negeri ketika ini menyaksikan tidak sukar untuk PH membuat keputusan berbanding lawannya nanti.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini