Misi Leverkusen buru juara treble

Misi Leverkusen buru juara treble

XABI Alonso dan pemain Bayer Leverkusen meraikan kejayaan mereka menjuarai Bundesliga selepas membenam Werder Bremen 5-0, semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEVERKUSEN: Jurulatih Bayer Leverkusen, Xabi Alonso berkata, misi pasukannya masih belum berakhir walaupun sudah menjulang gelaran juara Bundesliga, semalam kerana yang lebih penting mencipta kejuaraan treble.

Kejayaan membelasah Werder Bremen 5-0 di laman sendiri, semalam termasuk mencipta jaringan hatrik menerusi Florian Wirtz sudah memadai buat Leverkusen mengesahkan kemenangan dalam tempoh 120 tahun beraksi dalam Bundesliga.

Alonso yang menyertai Leverkusen pada pertengahan musim lalu memberitahu, hanya langit yang mampu mengehadkan kemaraan mereka selepas mencatat kemenangan bersih dalam 43 perlawanan musim ini.

“Kami akan tengok sejauh mana kami mampu pergi. Saya ada keyakinan tinggi tentang perkara ini” kata Alonso.

Kemenangan ke atas Bremen membolehkan Leverkusen selesa dengan 16 mata meninggalkan Bayern Munich di tempat kedua dengan baki lima perlawanan lagi yang tidak mampu dikejar mana-mana pasukan dalam saingan Bundesliga.

Leverkusen juga akan beraksi dalam perlawanan akhir Piala Jerman dan mendahului agregat 2-0 ke atas West Ham dalam suku akhir Liga Europa.

“Misi kami belum berakhir. Kami mahu memburu lebih banyak gol dan kejayaa. Kami akan memikirkannya kemudian kerana pada masa ini kami mahu meraikan kemenangan ini,” katanya.

Kemenangan itu juga menamatkan rekod 11 kemenangan berturut-turut Bayern sebelum ini. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×