Israel tangguh serangan ke Rafah

Israel tangguh serangan ke Rafah

PENDUDUK membeli roti subsidi di kedai roti di sebalik serangan berterusan oleh tentera Israel di Gaza. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengambil keputusan menangguhkan serangan darat ke atas bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza, lapor stesen penyiaran negara awam negara itu pada Ahad lalu. 

Israel menangguhkan serangan berikutan serangan balas Iran yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap Israel. 

Netanyahu yang mendakwa bandar Rafah sebagai ‘kubu terakhir Hamas’, berkeras mahu menyerang Rafah yang mana kira-kira 1.4 juta penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal berlindung ekoran serangan berterusan. 

“Hari ini saya menerima laporan terperinci mengenai rundingan di Kaherah, kami sentiasa berusahaa untuk mencapai matlamat, pertama sekali pembebasan semua tebusan kami dan mencapai kemenangan sepenuhnya ke atas Hamas.

“Kemenangan ini memerlukan kemasukan ke Rafah dan penghapusan batalion Hamas di sana. Ia akan berlaku, ada tarikhnya,” katanya. 

Menurut stesen penyiaran awam, penangguhan operasi darat diputuskan selepas berunding dengan rangkaian keselamatan Israel. 

Sementara itu, Menteri Kewangan Israel, Avigdor Smotrich berkata, membuat gesaan untuk menceroboh Rafah dan mengenakan kawalan ke atas seluruh Semenanjung Gaza. 

Serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, itu adalah sebagai tindak balas kepada serangan peluru berpandu pada 1 April lalu yang mana Israel menyasarkan bahagian konsulat kedutaan Iran di Damsyik, yang membunuh beberapa komander tentera Iran. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×