Perancang perkahwinan maut terjatuh dari tingkat 13

Perancang perkahwinan maut terjatuh dari tingkat 13

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang perancang perkahwinan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah bangunan komersial di SS6 Kelana Jaya di sini semalam.

Polis menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 2.50 petang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata,kejadian dilaporkan seorang pekerja sebuah kedai serbaneka yang melihat wanita itu terjatuh di bahagian lobi.

“Berdasarkan semakan, wanita terbabit berusia 37 tahun dan dipercayai mengalami masalah berkaitan kerja.

“Polis turut menemukan sekeping nota disyaki milik wanita itu di lokasi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shahrulnizam berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

“Mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian,”jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×