3R: Tindakan tegas tanpa peduli kedudukan, parti

3R: Tindakan tegas tanpa peduli kedudukan, parti

ANWAR Ibrahim menunjukkan isyarat bagus kepada orang ramai ketika tiba di Komtar, George Town, Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EORGE TOWN: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mencabar institusi serta perlembagaan negara.

Perdana Menteri berkata, ini kerana kerajaan tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang bertindak sedemikian.

“Jadi, saya telah tegaskan dan tekankan, kita tidak akan tolak ansur. Tidak peduli siapa, kedudukan dia, parti mana.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jangan diugut sekiranya diambil tindakan, apalagi kalau menyentuh soal 3R (agama, kaum dan raja),” katanya selepas menghadiri taklimat Pembangunan Pulau Pinang di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas penahanan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah.

Anwar berkata, tonggak institusi negara ini perlu dipertahan termasuk prinsip perlembagaan, hak Islam serta hak bukan Islam.

“Jika menyentuh kedudukan raja-raja terutama (itu yang dibangkitkan oleh Majlis Raja-Raja), jangan kita bertolak ansur.

“Institusi negara tonggak­nya mesti dipertahan termasuk prinsip perlembagaan, hak Islam, hak bukan Islam, semua itu tertera dalam perlembagaan.

“Sekiranya mencabar, kita akan ambil tindakan tegas dan kalau disiasat, ditangkap, didakwa dan dihukum, itu ja­ngan pertikai,” ujarnya.

Sementara itu, beliau percaya Muhammad Akmal dipanggil untuk siasatan dan bukannya ditahan polis.

“Saya rasa itu bukan tangkapan, dia (Muhammad Akmal) dipanggil untuk disiasat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini