PETALING JAYA: Aplikasi Ouch! merevolusasikan takaful tradisional dengan hanya menggunakan teknologi bagi mencipta platform yang mudah diakses kepada masyarakat Malaysia secara dalam talian.
Ketua Pegawai Eksekutif Ouch!, Shazy Noorazman berkata, lebih 60 peratus rakyat Malaysia tidak diinsurankan dengan sebarang pelan takaful dan aplikasi itu dapat bantu mengurangkan jumlah tersebut.
Jelasnya, terdapat dua program yang dianjurkan di bawah aplikasi tersebut iaitu ‘Cabaran Kita Cover’ dan kempen ‘Jaga Generasi’ sebagai inisiatif bagi memberi jaminan terhadap kesejahteraan kewangan pada masa yang lebih muhasabah.
“Kami menjangkakan kedua program itu dapat menarik lebih ramai rakyat Malaysia memuat turun aplikasi Ouch! dan membolehkan orang ramai melihat kesihatan kewangan masing-masing,” katanya dalam kenyataan.
Shazy berkata, Ouch! perlu menjangkau 20 juta rakyat Malaysia yang tidak mempunyai perlindungan dengan sebarang pelan takaful.
Tambahnya, aplikasi digital itu memudahkan proses pengurusan perlindungan dan menginovasikan proses ‘back-end’ bagi memudahkan pengurusan pelan takaful pelanggan.
“Ia turut menyediakan baucer derma Touch ‘n Go sebanyak RM10 yang boleh digunakan untuk berbuka puasa sebagai tanda solidariti kepada pengguna aplikasi Ouch!,” katanya.
Jelasnya, peserta boleh mendaftar di bawah platform tersebut tanpa sebarang bayaran tambahan, sekali gus memberikan kawalan penuh ke atas sijil takaful mereka dengan lebih selamat.
Beliau yakin bahawa, syarikat takaful dapat mengembangkan rangkaian penyelesaiannya dengan menawarkan ahli pelbagai pilihan komprehensif termasuk pelan perubatan, perjalanan dan kemalangan peribadi dengan hanya diakses melalui aplikasi Ouch!.
“Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai aplikasi ini melalui laman sesawang https://ouch.my/ atau memuat turun aplikasi Ouch! dengan mudah,” katanya.-UTUSAN










