Pemuda UMNO ajak rakyat boikot produk Aliff Syukri

Pemuda UMNO ajak rakyat boikot produk Aliff Syukri

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyeru orang ramai untuk memboikot semua produk ahli perniagaan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri sebagai pengajaran susulan penerbitan video raya yang dianggap tidak menjaga sensitiviti umat Islam.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh dalam Facebook miliknya berkata, beliau beranggapan ‘teaser’ video yang dimuat naik ke media sosial oleh ahli perniagaan tersebut amatlah tidak menjaga sensitiviti umat Islam khususnya di bulan Ramadan ini.

Beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap Aliff memandangkan ia bukan kali pertama tindakan tersebut dilakukan bahkan kesalahan sama dilakukan ahli perniagaan itu masih dibicarakan di mahkamah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Takkanlah setiap tahun hendak buat (video sensitif) kemudian minta maaf, tak boleh ke jaga sensitiviti umat Islam di kala bulan Ramadan ini. Mahu keluarkan lagi, silakan, tetapi janganlah keluarkan lagu dan video menyakitkan hati dan mata orang.

“Langsung tak jaga sensitiviti dengan pakai begitu, cukup-cukuplah,” katanya dalam video yang dimuat naiknya di Facebook hari ini.

Susulan daripada itu, Dr. Akmal berkata, ahli perniagaan tersebut perlu diberi pengajaran keras seperti yang dilakukan terhadap kedai serbaneka KK Mart yang menghina agama Islam sebelum ini.

Beliau berkata, pihaknya memohon Kementerian Komunikasi untuk menurunkan video tersebut dan menarik semua bentuk kandungan yang telah dikeluarkan Aliff.

“Kedua, tindakan keras iaitu tindakan undang-undang perlu diambil dan terakhir, bagaimana kita minta semua rakyat Malaysia memboikot KK Mart kerana tidak menjaga sensitiviti umat Islam, sama juga kita minta semua untuk beri pengajaran keras terhadap Datuk Aliff.

“Kita boikot segala produk dikeluarkan Datuk Aliff. Cukup-cukuplah. Ini bukan soal kamu mahu hasilkan konten yang kreatif atau konten di luar kotak. Ini konten yang tiada otak,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial klip video raya memaparkan Aliff dan beberapa individu lain yang mendapat kecaman daripada pengguna media sosial sehinggakan kandungan tersebut terpaksa dipadam oleh ahli perniagaan terbabit.

Aliff juga kemudiannya mengeluarkan permohonan maaf kepada pihak yang tersinggung dengan video muziknya. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini