Kanak-kanak warganegara Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok

Kanak-kanak warganegara Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok

KANAK-kanak warganegara Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok sempadan Malaysia-Thailand berhampiran pangkalan Ibrahim Pencen, Rantau Panjang, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seorang kanak-kanak warganegara Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok sempadan Malaysia-Thailand berhampiran pangkalan Ibrahim Pencen, di sini semalam.

Mayat kanak-kanak berusia 11 tahun itu temukan pada pukul 10.38 malam tadi selepas operasi mencari menyelamat (SAR) dilakukan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang bersama Pasukan Gerakan Am (PGA), pasukan Polis Thailand, unit skuba Thailand serta penduduk kampung.

Komander Operasi BBP Rantau Panjang, Pegawai Kanan II Azmi Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkait dengan kejadian itu pada pukul 6.12 petang bersama sembilan anggota termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Pengkalan Kubor.

“Pada pukul 6.39 petang PPDA Pengkalan Kubor telah tiba ke lokasi untuk SAR. Tujuh minit kemudian pihak skuba Thailand pula tiba ke lokasi.

“Pada pukul 10.38 malam, pihak Skuba Thailand memaklumkan mangsa telah ditemukan lemas,” katanya.

Azmi memberitahu, mangsa yang merupakan warganegara Thailand itelah diserahkan kepada pihak berkuasa negara berkenaan untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×