MPKK lelong enam lembu terbiar, berkeliaran

MPKK lelong enam lembu terbiar, berkeliaran

SAKDUDDIN Zamli melihat lembu yang terlibat dalam proses lelongan awam di Kuala Kangsar, Perak hari ini. - UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Enam ekor lembu berjaya dilelong oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) bernilai RM15,500, dengan seekor daripadanya dibida pada harga setinggi RM3,200.

Kesemua lembu itu dilelong selepas ditangkap 10 hari lalu kerana terbiar berkeliaran di laluan awam dalam kawasan jagaan majlis perbandaran tersebut.

Harga permulaan proses bidaan seekor lembu adalah antara RM1,700 hingga RM2,500, bergantung kepada saiz dan keadaan haiwan tersebut.

Yang Dipertua MPKK, Dr. Sakduddin Zamli bagaimanapun berkata, hasil lelongan itu dilihat tidak terlalu setimpal memandangkan pihaknya menanggung kos menguruskan haiwan tersebut seperti makanan dan keselamatan.

Jelasnya, proses lelongan tersebut juga sebagai peringatan kepada orang ramai atau penternak supaya tidak membiarkan binatang peliharaan masing-masing terbiar bebas, kerana boleh mengancam nyawa terutama pengguna jalan raya.

“Perkara ini sering dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa tindakan daerah, mengenai kemalangan disebabkan haiwan dibiarkan.

“Kita harap apabila penguatkuasaan berjalan, ia akan menjadi pengajaran kepada semua. Hal ini membabitkan isu nyawa orang,” katanya di sini hari ini ketika hadir ke proses lelongan tersebut.

Mengikut statistik MPKK, direkodkan lebih 40 kes kemalangan berlaku membabitkan haiwan terbiar antara tahun 2021 hingga 2023.

Pada Jumaat lalu, MPKK telah menguar-uarkan notis lelongan haiwan yang disita menerusi laman media sosial untuk mengadakan lelongan awam berdasarkan Undang-Undang Kecil Pelesenan Haiwan Ternakan dan Haiwan Merayau (MPKK) 2012.

Jelas Sakduddin, sekiranya haiwan yang ditangkap kerana dibiarkan di tempat awam, pemilik atau penternak boleh dikompaun. 

Jika tidak dituntut, pihak MPKK boleh mengambil tindakan termasuk membuat lelongan awam, katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×