Touch 'n Go eWallet antara e-dompet paling popular di Jepun

Touch ‘n Go eWallet antara e-dompet paling popular di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ant International mengumumkan bahawa penyelesaian pembayaran mudah alih rentas sempadannya, Alipay+, telah menghubungkan dua juta peniaga di Jepun, dan membolehkan perniagaan memberi perkhidmatan lebih baik kepada para pelancong melalui pembayaran e-dompet negara asal mereka.

Syarikat itu berkata, terdapat 16 e-dompet dan aplikasi bank yang diterima di Jepun melalui Alipay+.

Ia merangkumi Alipay (China), AlipayHK (Hong Kong), Mpay (Macao), Kakao Pay, Naver Pay dan Toss (Korea Selatan), OCBC Digital, Changi Pay dan EZ-Link (Singapura), Touch ‘n Go eWallet dan MyPB oleh Public Bank Berhad (Malaysia), GCash (Filipina), HelloMoney, TrueMoney (Thailand), Hipay (Mongolia), dan Tinaba (Itali).

Jelasnya, Alipay, AlipayHK, Kakao Pay, Touch ‘n Go eWallet, GCash dan TrueMoney adalah antara e-dompet paling popular yang digunakan oleh pelancong ke Jepun, manakala Mpay, Naver Pay dan Toss menyaksikan pertumbuhan pesat dalam jumlah transaksi.

“Alipay+ telah bekerjasama dengan lebih daripada 40 rakan kongsi pemeroleh tempatan untuk sambungan dan penggunaan peniaga,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Presiden Ant International, Douglas Feagin berkata, dikuasakan oleh Alipay+, volum transaksi yang dibuat oleh e-dompet dan apl bank di Jepun melonjak lebih daripada 200 peratus dalam tiga minggu pertama Mac lalu berbanding tempoh yang sama pada 2023.

Katanya, nilai transaksi dianggarkan mencakupi kira-kira 10 peratus daripada jumlah perbelanjaan di kalangan pengguna semasa berada di negara itu.

“Kami bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan lebih daripada 40 rakan kongsi pemeroleh tempatan di Jepun. Ada di antaranya merupakan syarikat kecil, yang hanya menpunyai beberapa orang pekerja.

“Kami menerima sokongan padu daripada mereka untuk bersama-sama mempromosikan pengalaman yang lancar, telus, dan cekap untuk perniagaan tempatan dan pelancong antarabangsa,” katanya.

Tambah beliau, dengan kerjasama daripada rakan kongsi terbabit, Alipay+ menyediakan pengalaman pembayaran digital yang lancar kepada pelancong global yang sama seperti di negara mereka sendiri.

“Tanpa sebarang usaha tambahan, pelancong boleh membuat pembelian dengan hanya mengimbas kod QR di semua jenis perniagaan tanpa perlu risau tentang pertukaran mata wang asing atau sebarang halangan bahasa,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×