Beli baju raya mahal boleh, beli barang dapur mahal melenting
Oleh Adlinahani Binti Khalil
30 Mac 2024, 8:10 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
DIAM tak diam, kurang dua minggu lagi, umat Islam di Malaysia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri, terasa begitu cepat Ramadan bakal melabuhkan tirainya.
Bercakap soal hari raya, sudah tentu perkara yang paling menjadi tumpuan adalah menyediakan persiapan seperti baju raya, biskut raya, duit raya, kos balik ke kampung, kos beli makanan raya dan pelbagai lagi.
Dengan kenaikan kos hidup akibat cabaran ekonomi dunia ketika ini, sudah tentu membuat semua persiapan itu terasa begitu ‘mencabar dan memenatkan’.
Namun, tidak bagi semua pihak berasa begitu apabila ada sesetengah daripadanya sanggup berhabis duit bagi memastikan sambutan raya kali ini benar-benar meriah dan yang paling penting, bergaya dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Golongan ini mungkin bising atau melenting tiap kali harga barangan asas seperti makanan naik harga kerana pada mereka hal itu membebankan.
Namun, bila berbelanja untuk hari raya, golongan ini sedikit pun tidak kisah keluar duit lebih, asalkan mereka nampak lain dari yang lain’ atau dengan kata lain, semuanya serba-serbi baharu, berjenama dan mahal.
Tengok sahaja dalam ruangan komen kebanyakan akaun media sosial jenama baju kurung terkenal yang rata-rata harganya lebih RM300 sepasang.
Ratusan hingga ribuan pengguna media sosial hantar komen ‘DM’ atau Direct Message yang menunjukkan mereka berminat untuk beli baju kurung itu biarpun harganya mahal.
Ada juga yang komen ‘saya sudah beli warna pink, cantik sangat, kainnya selesa sangat’.
Mereka sedikit pun tidak merungut seperti mana mereka bising pasal harga ikan, sayur, ayam dan beras yang naik mendadak.
Alasannya mudah, rayakan cuma sekali setahun, jadi apa salahnya kalau beli baju raya berharga RM300-500 sepasang? Tak sama macam barangan keperluan asas yang perlu dibeli setiap hari atau setiap minggu, maka, itu sebab mereka merungut harga mahal.
Lebih membimbangkan, ada juga golongan yang sanggup meminjam daripada entiti berlesen atau tidak berlesen demi dapatkan duit untuk berbelanja sakan sempena hari raya.
Jika pinjam dekat bank, boleh terima lagi, tapi kalau pinjam dengan ceti haram? Naya, naya, jangan cari pasal.
Kena ingat, raya yang setahun sekali itulah kita perlu berbelanja secara berhemat. Jangan disebabkan dua tiga hari punya hal, berhutang keliling pinggang selama beberapa tahun.
Lagi baik kalau duit yang ada digunakan sebaik mungkin untuk beli barang dapur yang hari-hari digunakan untuk meneruskan kehidupan.
Cuba fikir, selepas raya, duit habis, barang dapur habis, nak makan apa? Mampu tengok sahajalah baju raya yang mahal itu tergantung dalam almari.
Mahu beraya meriah itu tidak salah, yang salahnya, berlebihan sehingga melebihi kemampuan poket sendiri dan akhirnya mendatangkan kemudaratan.
Biarlah baju raya tidak berharga ratusan ringgit dan dari jenama terkenal, asalkan poket ‘tidak menangis’ di kemudian hari.
Adlinahani Khalil ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved