‘Broker’ bazar Ramadan untung lipat kali ganda

‘Broker’ bazar Ramadan untung lipat kali ganda

NEGARA kini berada pada fasa penghujung Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada pertengahan Mac ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: ‘Broker’ atau orang tengah didakwa mengaut keuntungan berlipat kali ganda apabila mengenakan kadar sewa tinggi kepada peniaga bazar Ramadan sehingga mencecah ribuan ringgit sebulan.

Golongan ini didakwa memonopoli tender oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan menjadikan sewa bazar Ramadan sebagai perniagaan yang amat menguntungkan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Yayasan Penggu­na Negara Malaysia (YPNM), Da­tuk Mohd. Firdaus Abdullah men­dakwa, pihaknya menerima ba­nyak aduan daripada peniaga ber­hubung sewa tapak bazar Ra­madan yang me­ningkat tahun ini.

“Isu sewa bazar Ramadan mahal ini bukan baharu, setiap kali bulan puasa pasti ia menghantui peniaga dan kesannya akhirnya terpaksa ditanggung oleh pengguna.

“YPNM melihat isu ini dise­babkan oleh ‘broker’ atau orang tengah yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Bagaimana mereka wujud? Ia melalui proses tender oleh PBT. Kita percaya ada yang juga diberikan secara terus kepada kroni dan kenalan.

“Ini belum lagi mengambil kira pengendali tapak bazar swasta, persendirian ataupun syarikat-syarikat besar, tentunya kadar sewa tapak bazar Ramadan ini lebih tinggi berjumlah ribuan ringgit sebulan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sewa tapak bazar Rama­dan tinggi yang dikenakan oleh PBT menjadi punca peniaga menaikkan harga jualan, bukannya akibat kenaikan SST.

Anwar turut mengingatkan PBT agar tidak menekan peniaga dengan meletakkan kos sewa tapak yang mahal atau menaikkan kadar sewa tapak bazar de­ngan sewenang-wenangnya.

Mengulas lanjut, Firdaus berkata, kerajaan atau PBT perlu menghapuskan ‘broker’ ataupun orang tengah jika mahu sewa tapak bazar Ramadan tidak cekik darah dan membebankan peniaga.

“Kerajaan atau PBT perlu ada formula mengatasi perkara ini. Terus beri secara terus kepada peniaga, jika tidak isu sewa tapak dan harga jualan mahal di tapak bazar tidak dapat diatasi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Peniaga dan Penjaja Melayu Malaysia (Gapema) Wilayah Timur, Rohani Mahat, 49, berkata, secara puratanya, sewa bazar di negeri ini naik 10 peratus daripada RM300 tahun lalu kepada RM330 tahun ini.

“Selain sewa tapak bazar, pihak persatuan terima aduan dan runggutan harga barangan naik mendadak disebabkan kenaikan Cukai Jualan dan Per­khidmatan (SST).

“Ini menyebabkan peniaga terpaksa menaikkan harga jualan harian dan ada juga sudah mula menutup gerai jualan di bazar Ramadan. Selain itu, terdapat peniaga yang hanya berniaga pada hujung bulan Ramadan iaitu dua ming­gu sebelum Aidilfitri,” katanya.

Jelasnya, tindakan sedemikian terpaksa diambil oleh peniaga bazar Ramadan bagi bagi mengelakkan jualan tidak laku.

“Apa yang pasti peniaga tersepit dengan kenaikan harga barang yang mendadak, kuasa membeli rakyat pun semakin berkurang sekali gus menjejaskan pendapatan peniaga khususnya dalam kalangan B40,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×