Cubaan sorok pistol diketahui, juruteknik, pemandu lori ditahan - Utusan Malaysia

Cubaan sorok pistol diketahui, juruteknik, pemandu lori ditahan

Pistol
AHMAD Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh menunjukkan pistol dan peluru yang dirampas polis dalam satu pemeriksaan rawak diadakan sekitar Telok Panglima Garang, di Kuala Langat, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Cubaan seorang lelaki menyorokkan sepucuk pistol dalam keretanya akhirnya dikesan dalam satu pemeriksaan rawak polis dekat sebuah stesen minyak dekat Telok Panglima Garang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, juruteknik kilang berusia 24 tahun itu cuba menyorokkan sesuatu dan dikesan polis ketika pemeriksaan dibuat pada pukul 2.340 pagi.

“Semasa pemeriksaan dijalankan, didapati suspek meletakkan sesuatu di bawah kereta yang berada di kawasan tersebut. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati (sepucuk) pistol tertulis perkataan ‘Cobra‘ ditemukan.

“Malah, pistol yang ditemui itu turut mempunyai enam butir peluru yang diisi di dalamnya,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau menambah, susulan itu, polis menahan lelaki berkenaan yang membawa kepada penangkapan seorang lagi suspek yang bekerja sebagai pemandu lori pada hari yang sama, kira-kira pukul 3.30 petang di sekitar Telok Panglima Garang.

“Suspek kedua yang berumur 30 tahun itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes terbabit. Difahamkan, kedua-dua suspek adalah kenalan biasa dan tidak terlibat dalam aktiviti kongsi gelap.

“Dua suspek itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk siasat lanjut dan polis sedang menyiasat motif kejadian,” jelasnya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 kerana membawa senjata api tanpa lesen atau permit senjata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×