Biden lulus bajet AS$1.2 trilion elak kerajaan ditutup

Biden lulus bajet AS$1.2 trilion elak kerajaan ditutup

JOE BIDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menandatangani undang-undang pakej perbelanjaan berjumlah AS$1.2 trilion (RM5.68 trilion) bagi mengelak penutupan kerajaan negara itu.

Selepas menamatkan tarikh akhir hari Jumaat lalu, senator AS akhirnya meluluskan pakej yang memastikan agensi persekutuan utama dibiayai sehingga 30 September ini.

Langkah itu tidak termasuk pembiayaan untuk kebanyakan bantuan ketenteraan ke Ukraine, Taiwan atau Israel yang disekat kerana perpecahan dalam kalangan Dewan Rakyat pimpinan Republikan.

Biden menyifatkan pakej itu, yang kebanyakannya diluluskan oleh Kongres pada awal pagi semalam sebagai pelaburan untuk rakyat AS selain mengukuhkan ekonomi dan keselamatan negara itu. 

Presiden Demokrat itu menggesa Kongres meluluskan rang undang-undang lain yang lama tersekat dalam dewan perundangan.

“Dewan mesti meluluskan tambahan keselamatan negara dwipartisan untuk memajukan kepentingan keselamatan negara kita.

“Kongres mesti meluluskan perjanjian keselamatan sempadan dua parti, pembaharuan yang paling sukar dan paling adil dalam beberapa dekad untuk memastikan kita mempunyai dasar dan pembiayaan yang diperlukan bagi menjamin sempadan. 

“Sudah tiba masanya untuk menyelesaikan perkara ini,” kata Biden dalam satu kenyataan.

Senat yang diwakili majoriti ahli Demokrat meluluskan rang undang-undang perbelanjaan tersebut dengan undian 74 berbalas 24.

Komuniti perniagaan mengalu-alukan kelulusan rang undang-undang perbelanjaan tersebut dan komited untuk terus bekerjasama dengan penggubal dasar bagi meningkatkan pelepasan cukai untuk perniagaan dan keluarga berpendapatan rendah.

“Kerajaan AS yang beroperasi sepenuhnya menyediakan kestabilan penting untuk perniagaan, pekerja dan keluarga AS.

“Kami berharap untuk terus bekerjasama dengan ahli Kongres untuk memajukan dasar yang kukuh, termasuk Akta Pelepasan Cukai untuk Keluarga dan Pekerja AS,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Business Roundtable, Joshua Bolten dalam satu kenyataan.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×