Harga beras putih import turun antara RM2 ke RM3 berkuat kuasa esok

Harga beras putih import diturunkan antara RM2 ke RM3 berkuat kuasa esok

Kerajaan memutuskan untuk melaraskan Harga Beras Putih Import (BPI) dengan menurunkan harga jualan runcit di antara RM2 hingga RM3 di pasaran bagi pek 10 kilogram berkuat kuasa esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk melaraskan Harga Beras Putih Import (BPI) dengan menurunkan harga jualan runcit di antara RM2 hingga RM3 di pasaran bagi pek 10 kilogram berkuat kuasa esok.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, keputusan itu dimuktamadkan melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Bil. 1/2024 semalam bagi meningkatkan akses rakyat kepada bekalan beras pada harga yang munasabah.

Mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu turut memutuskan supaya semua stok semasa padi dan beras yang dibeli oleh pengilang berjumlah 140,000 tan metrik dapat diproses dan dikeluarkan untuk kegunaan pasaran tempatan dengan serta-merta.

Memuatkan artikel berkaitan…

Langkah intervensi itu bagi meningkatkan pengedaran beras putih tempatan (BPT) bagi menangani isu kekurangan BPT di pasaran susulan pelarasan harga BPI oleh BERNAS pada 1 September 2023.

  “Justeru, KPKM akan meningkatkan penguatkuasaan melalui Kawalselia Padi dan Beras (KPB) di seluruh negara. 

“Dalam meluaskan jaringan pengedaran BPT, aktiviti Jualan Agro Madani yang dilaksanakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan diperluaskan dari segi lokasi dan peningkatan kekerapan program,” katanya di sini hari ini.

 Pada masa sama, Mohamad berkata, kerajaan turut bersetuju agar semua Kontrak Kerajaan mengguna pakai sepenuhnya BPI. 

Sehubungan itu, melalui kaedah ini, bekalan tambahan BPT sebanyak 20,000 tan metrik dapat diedarkan sepenuhnya di pasaran pada  April depan.

 “Kerajaan optimis inisiatif ini dapat membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup terutamanya semasa bulan Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang.

“Kesemua langkah ini akan dapat meningkatkan ketersediaan bekalan beras kepada rakyat melalui jualan BPI pada harga yang lebih rendah serta pertambahan BPT di pasaran,” katanya.

Dalam pada itu,  menurut beliau, KPKM juga akan meneruskan perbincangan bersama semua pemegang taruh untuk memperhalusi pelan tindakan jangka panjang bagi struktur kos pengeluaran beras yang lebih realistik.

“Ini  bagi memastikan industri padi dan beras adalah mampan terutamanya dalam menjaga kepentingan dan kebajikan pesawah serta meningkatkan produktiviti pengeluaran beras negara. 

“Sesungguhnya keputusan ini mencerminkan komitmen utuh Kerajaan MADANI dalam menjaga kebajikan rakyat dan seterusnya memperkukuhkan agenda keterjaminan makanan negara,” katanya. 

 

habis

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini