Mayat lelaki terjun jambatan ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat lelaki terjun jambatan ditemukan

ANGGOTA Pasukan penyelamat mengusung mayat dipercayai lelaki yang terjun dari Jambatan Buki Kuang, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Mayat dipercayai lelaki yang terjun dari Jambatan Bukit Kuang, di sini, petang semalam ditemukan selepas 19 jam pencarian mangsa dilakukan.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II Azman Alias berkata, mayat yang dipercayai lelaki berusia 44 tahun itu ditemukan ditemukan terapung kira-kira pukul 2.25 petang.

Menurutnya, pasukan Maritim Malaysia yang turut membantu pencarian melakukan olakan bot beberapa kali menggunakan bot Perkasa 49, mayat lelaki itu sebelum berjaya ditemui terapung di permukaan air kira-kira 500 meter dari lokasi dia terjatuh

“Mayat tersebut masih lengkap berpakaian dan kita percaya mayat ini adalah lelaki yang terjun dari jambatan petang semalam. Bagaimanapun, pengecaman masih belum dilakukan ahli keluarga,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini, petang ini.

Azman berkata, mayat tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk pengecaman dan tindakan lanjut.

Menurut Azman, operasi pencarian melibatkan kekuatan 45 anggota Bomba dan Penyelamat, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Maritim Malaysia.

“Kita turut dibantu dua ekor anjing unit K9 bomba dan kita turut melakukan dua kali selaman,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, seorang lelaki berbangsa India, dipercayai terjun dari Jambatan Bukit Kuang pada ketinggian 50 meter, kira-kira pukul 7.20 petang semalam.

Menurutnya, lelaki yang berasal dari Johor itu disyaki mempunyai masalah keluarga, sempat meninggalkan beberapa keping nota dan surat di atas motosikal yang ditinggalkan di kaki lima jambatan, sebelum bertindak terjun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×