KEBIASAAN penghuni rumah bertingkat seperti kondominium dan pangsapuri memiliki hasrat untuk memiliki kebun sendiri, namun tidak mempunyai tanah yang luas seperti rumah bertanah pada umumnya.
Jadi, penghuni boleh membina sebuah kebun minimalis di balkoni dengan menggunakan cara kreatif untuk menghijaukan dan memperindah ruang walaupun keterbatasan ruang.
Berikut adalah tip berdasarkan penelitian penulis dan pengamatan dari laman sesawang dalam mewujudkan sebuah kebun minimalis di koridor perumahan bertingkat.
Pemilihan tanaman yang sesuai
Pilih tanaman yang sesuai untuk balkoni, seperti herba aromatik, bunga berukuran kecil, atau tanaman hias kecil.
Pastikan tanaman tersebut boleh tumbuh dengan baik dalam keadaan terbatas. Tanaman bergaya vertikal seperti pokok hiasan gantung atau rak tanaman juga boleh dimanfaatkan untuk mengoptimalkan ruang.
Gunakan pot bersaiz kecil
Gunakan pot dan bekas tanaman yang bersaiz kecil dan sesuai dengan saiz balkoni anda untuk memaksimumkan ruang, tetapi juga memudahkan pengurusan dan penjagaan tanaman.
Pastikan pot tersebut fleksibel dan mempunyai saluran air yang baik untuk mengelakkan masalah pengairan berlebihan.
Sistem pengairan yang efisien
Sistem pengairan yang efisien adalah kunci kejayaan kebun minimalis di balkoni.
Pertimbangkan penggunaan penyiram automatik atau bekas tanaman yang mempunyai saluran air yang baik. Ini memastikan tanaman menerima kelembapan yang mencukupi tanpa kelebihan air yang boleh merosakkan tanaman.
Penyusunan tanaman yang bijak
Susun tanaman dengan bijak untuk mengoptimalkan ruang.
Gunakan rak atau gantung tanaman jika perlu untuk memaksimumkan ketinggian.
Perlindungan daripada matahari berlebihan
Pertimbangkan penempatan tanaman dengan bijak untuk memaksimakan cahaya matahari yang tersedia.
Pastikan tanaman yang lebih memerlukan sinar matahari diletakkan di tempat yang mendapat cahaya yang mencukupi, sementara tanaman yang lebih tahan teduh boleh ditempatkan di kawasan yang mendapat cahaya sedikit sepanjang hari.
Sentiasa bersihkan dan kemas
Pastikan untuk membersihkan balkoni secara berkala dan membuang daun atau bahan kering yang tidak diperlukan.
Ini membantu menjaga kebersihan dan kesejahteraan tanaman. – UTUSAN









