Gajah liar cedera di kaki dilanggar Porsche Cayenne - Utusan Malaysia

Gajah liar cedera di kaki dilanggar Porsche Cayenne

KEADAAN gajah liar yang cedera selepas dilanggar di Kilometer 45, Kampung Kolam, Jalan Kuala Terengganu - Kampung Raja, Setiu, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Seorang pengurus syarikat cemas selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah, Porsche Cayenne dipandunya merempuh seekor gajah di Kilometer 45, Jalan Kuala Terengganu – Kampung Raja berhampiran Kampung Kolam di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 10.15.malam, kerika mangsa, Sharul Azma Che Samaon, 42, dikatakan dalam perjalanan dari Rhu 10 menuju ke Lembah Bidong dekat sini.

“Apabila tiba di lokasi kejadian seekor gajah berada di laluan pemanduan dan mangsa dikatakan tidak sempat mengelakkan lalu merempuh haiwan berkenaan.

“Ekoran kemalangan itu mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala gajah tersebut mengalami kecederaan di bahagian kaki,” katanya di sini ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah Afandi, bagaimanapun gajah terbabit telah melarikan diri ke hutan berdekatan.

Jelasnya, sebelum kemalangan itu, gajah berkenaan telah dilihat berkeliaran di sekitar kawasan kejadian.

Katanya, usaha untuk mengesan gajah berkenaan kini sedang giat dijalankan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×