Remaja Malaysia lebih ‘bijak’ hadapi tekanan emosi

Remaja Malaysia lebih ‘bijak’ hadapi tekanan emosi

SUKAN merupakan salah satu pilihan remaja di negara ini dalam ‘melawan’ cabaran kerunduman motivasi dan hilang motivasi.-GAMBAR HIASAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MASIH ramai belum sedar tentang tindakan yang perlu diambil sekiranya mengalami kerunduman emosi atau hilang motivasi.

Menurut pakar psikologi, ketidakstabilan emosi merupakan gangguan emosi yang mempunyai pelbagai ciri dan boleh berulang sehingga menjejaskan ketidakfungsian kehidupan harian sekiranya tidak mampu bertindak balas dengan baik.

Namun sekiranya ketidakstabilan emosi ini berpanjangan, maka keperluan berjumpa Guru Kaunseling di sekolah atau mana-mana kaunselor profesional seperti di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lain-lain sangatlah digalakkan bagi membantu mengurangkan ketidakstabilan secara total.

Laporan mobiditi menunjukkan bahawa 15 hingga 20 peratus remaja mengalami kemurungan tahap teruk. Sementara 25 remaja Malaysia mengalami sekurang-kurangnya episod kemurungan pada usia 16 tahun.

Remaja menganggap mereka tidak memerlukan bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat daripada orang dewasa. Kesannya masalah yang berlaku seperti terjun bangunan, kelar lengan dan letak nota sebelum bunuh diri sebagai pilihan.

Di Pakistan, tingkah laku mencederakan diri sendiri dalam kalangan remaja semakin berleluasa, namun berbeza dengan rakyat Malaysia apabila mengatasi cabaran ini secara kemahiran daya tindak seperti mendengar muzik bagi remaja perempuan. Sementara remaja lelaki, lebih memilih untuk bermain sukan seperti bola sepak, menonton pertandingan bola sepak, bermain catur, badminton atau berbasikal. Ada juga sesetengah remaja memilih untuk tidur bagi meredakan kebimbingan. Apa yang lebih menarik masih terdapat remaja Malaysia memilih untuk terus muhasabah diri.

Beberapa penyelidikan yang lalu mendapati amalan sukan berterusan membantu dalam meminimumkan kesan kemurungan. Tidur yang nyenyak juga merupakan satu tabiat yang baik untuk keseimbangan kesihatan manakala muhasabah diri membantu remaja dalam mengembalikan emosi yang tidak stabil.

Lebih menarik lagi, membaca juga membantu mengurangkan tekanan emosi.

Jika usaha ini dilakukan oleh remaja, maka kesejahteraan diri dan hidup semakin bertambah baik sekali gus kecerdasan emosi remaja yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara terus terjaga.-UTUSAN

DR. NOR ASIKHIN ISHAK
Universiti Utara Malaysia (UUM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×