Bau dari kilang getah ganggu penduduk - Utusan Malaysia

Bau dari kilang getah ganggu penduduk

OPERASI sebuah kilang getah asli mentah yang didakwa mengeluarkan bau busuk sehingga menjejaskan kehidupan penduduk sekitar Bukit Banyan dan Bintang Maya Residence, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kehidupan penduduk sekitar Bukit Banyan dan Bintang Maya Residence, di sini yang terganggu gara-gara bau kurang menyenangkan dipercayai berpunca dari sebuah kilang getah asli mentah.

Perkara itu ditemukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah yang membuat pemeriksaan terhadap kilang itu setelah menerima aduan berkaitan bau busuk yang mengganggu kehidupan penduduk terlibat.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk kira-kira pukul 4 petang semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan itu, JAS Kedah bertindak menjalankan siasatan bagi mengesan masalah bau itu. Hasil pemantauan dan siasatan bermula pukul 11 malam semalam hingga 4 pagi ini mendapati bau busuk berpunca dari kilang getah asli mentah yang beroperasi selama 24 jam.

“Kilang tersebut menghasilkan produk Standard Malaysia Rubber SMR10 dan SMR 20,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sharifah Zakiah berkata, siasatan terperinci bagi memastikan semua alat kawalan pencemaran udara berada pada keadaan optimum juga telah dijalankan dengan kehadiran orang yang berwibawa (OYB) daripada pihak kilang.

“JAS mengeluarkan notis arahan di bawah Seksyen 31 dan 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk pihak kilang menambah baik alat kawalan pencemaran udara dan meningkatkan pematuhan kepada akta tersebut.

“Premis diberi masa dua minggu untuk buat pembaikan dan jika memerlukan masa yang lebih lama, pihak kilang perlu mengemukakan cadangan pembaikan dan masa yang wajar untuk kita nyatakan setuju atau tidak,” katanya.

Tambahnya, pegawai JAS juga akan membuat rondaan harian ke atas kilang-kilang bermasalah atau sedang disita selain memantau melalui sistem e-Aduan jika terdapat aduan baharu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini