Veerinderjeet Singh dilantik Penasihat Kanan Dasar Cukai KPMG - Utusan Malaysia

Veerinderjeet Singh dilantik Penasihat Kanan Dasar Cukai KPMG

Veerinderjeet Singh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: KPMG Malaysia melantik Dr. Veerinderjeet Singh sebagai Penasihat Kanan Dasar Cukainya berkuat kuasa 1 Mac 2024.

Veerinderjeet mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam pengurusan cukai dalam sektor awam, akademik, firma profesional dan sektor korporat sebagai ahli Lembaga Pengarah dalam entiti awam.

Ini termasuk dilantik oleh Kementerian Kewangan di Malaysia sebagai sebahagian daripada Jawatankuasa Pembaharuan Cukai dari 2018 hingga 2020.

Sebelum pelantikan di KPMG ini, beliau adalah Pengerusi Bukan Eksekutif Tricor Malaysia, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi (CEO) Axcelasia Inc dan Pengerusi/Pengarah Urusan Taxand Malaysia.

Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi, Lembaga Piawaian Etika Institut Akauntan Malaysia (MIA), Majlis Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) dan seorang EXCO
ahli Persatuan Fiskal Antarabangsa (Cawangan Malaysia).

Rakan Kongsi Urusan KPMG di Malaysia, Datuk Johan Idris berkata, Veerinderjeet memulakan
kerjayanya di KPMG dan pelantikan ini adalah kepulangan yang sangat dialu-alukan.

“Sebagai Penasihat Kanan bagi firma ini, beliau akan menyokong KPMG dan komuniti perniagaan yang lebih luas dalam menguruskan landskap cukai yang semakin rumit.

“Kekayaan pengalamannya akan meningkatkan nilai penawaran nasihat cukai KPMG kepada pelanggan kami,” katanya.

Sementara itu, Veerinderjeet berkata, beliau berbesar hati mengambil peranan sebagai Penasihat Kanan Dasar Cukai KPMG bagi menyokong pasukan penasihat cukai firma berkenaan.

“Percukaian memainkan fungsi penting untuk pembangunan ekonomi mana-mana negara. Dasar cukai yang betul akan meningkatkan produktiviti, meningkatkan pertumbuhan sektor industri, dan menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang bermanfaat kepada Malaysia,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×